Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Tular Cikgu Suruh Bungkus Makan Dekat Rumah, Netizen Sokong Pendapat Betty Rahmad

Setuju juga!

Cover image via @bettyrahmadali (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok mengenai seorang cikgu wanita meluahkan rasa tidak puas hati anaknya dipandang serong oleh individu gara-gara menangis di kedai makan

Walau bagaimanapun, video berkenaan telah menerima kecaman ramai dan netizen tidak setuju dengan pendapatnya.

Ramai yang membalas video tersebut dengan pendapat mereka masing-masing, termasuklah selebriti Betty Rahmad.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak setuju dengan Cikgu Ayu, ramai sokong pendapat Betty

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bettyrahmadali, kelihatan dia memberikan pandangannya mengenai statement yang dikeluarkan oleh Cikgu Ayu.

Cikgu Ayu dikecam ramai kerana dia mengatakan bahawa jika orang ramai tidak selesa melihat budak-budak menangis atau bising di kedai makan, lebih baik mereka membungkus makanan dan makan di rumah saja.

Perkara tersebut tidak mendapat persetujuan netizen. Betty Rahmad juga mengatakan dia tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh Cikgu Ayu itu.

"Saya tak agree langsung dengan statement akak cakap kalau tak suka bising pergi makan dekat rumah. Saya rasa patutnya mak bapak yang ada anak-anak kuat meragam suka menangis kat luar ni yang patut makan dekat rumah"

"Kalau kita dah tahu anak kita ni kuat nangis, tak boleh lama-lama dekat luar, kita kena bawalah something mainan yang boleh bagi dia leka sekejap atau boleh bawa keluar dari kedai makan tu bagi dia tenang pastu masuk balik supaya mengganggu orang lain. Sebab diaorang bayar nak makan, bukan nak dengar anak kita menangis," ulasnya.

Image via @bettyrahmadali (TikTok)

"Cara Betty explain pun dah tu kenapa Wira tu cerdik bijak pandai kelakuannya" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 734K views, 59K likes dan 1.7K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut setuju dengan pendapat Betty Rahmad dan ada juga yang memberikan pandangan masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @bettyrahmadali (TikTok)

Image via @bettyrahmadali (TikTok)

Image via @bettyrahmadali (TikTok)

Image via @bettyrahmadali (TikTok)

Apa-apa pun, semua orang kena ada sikap toleransi dan cuba letakkan diri dekat situasi orang lain sebelum buka mulut :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment