[VIDEO] Tunang Buat Hal, Lelaki Ini Kecewa Sampai Menangis Jalan Kaki Tengah Malam
Sebak pula tengok dia menangis teresak-esak.
Setiap orang sudah tentu menginginkan untuk dapat menjalinkan hubungan yang sah dengan tunangan mereka
Namun, siapa sangka kadangkala tunang mungkin bukan jodoh yang ditetapkan Tuhan. Sudah pasti, seseorang itu akan bersedih dan susah nak move on apabila putus tunang.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki dilihat kecewa sampai jalan kaki seorang diri sambil menangis telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menangis dan kecewa selepas ditinggalkan tunang
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan kaki tengah malam di sebuah jalan raya yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mendengar tangisannya yang teresak-esak seperti kecewa sambil berjalan tanpa hala tuju. Difahamkan, dia tengah bersedih kerana baru saja putus tunang.
Mujurnya, seorang lelaki yang dipercayai rakannya itu mengikut dan menasihatinya supaya dia kembali bersemangat.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Sampai hati tunang dia buat macam tu. Tak nampak ke kesungguhan dia, kenapa pergi dekat orang lain" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.8M tontonan, 165K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @jarrr00 (TikTok)
Image via @jarrr00 (TikTok)
Image via @jarrr00 (TikTok)
Kuatkan semangat bang, tak berbaloi menangis macam tu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment