Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Versi Baru" - Adat Tol Kahwin Check Dah Ambil Vaksin Ke Belum Ini Meriah Habis

Menarik juga 'tol' mereka ni.

Cover image via @fauzanlatib (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, kita boleh lihat pelbagai adat perkahwinan yang diraikan bersama

Ada yang siap menggunakan 'tol' untuk pasangan mereka dan ada juga yang biasa-biasa saja. Namun, semua itu hanyalah hiburan semata.

Bagi sesetengah negeri, mereka kebiasaannya akan mengenakan 'tol' kepada pengantin lelaki sebelum sempat duduk di atas pelamin.

Sama seperti video di TikTok ini apabila 'tol' yang digunakan begitu rare dalam majlis perkahwinan telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Semak status vaksin lengkap atau tidak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita meminta 'sampul vaksin' daripada rombongan pihak lelaki kononnya mahu diperiksa terlebih dulu.

Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah wanita itu terus meminta vaksin untuk second dose dan seterusnya hinggalah pada booster.

Situasi itu ternyata dilihat sangat meriah di samping dengan tetamu yang hadir majlis berkenaan.

Image via @fauzanlatib (TikTok)

"Yes ini Johor style, standby lah awal-awal" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pandangan dan reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 179.8K views, 16.1K likes dan 226 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @fauzanlatib (TikTok)

Image via @fauzanlatib (TikTok)

Image via @fauzanlatib (TikTok)

Image via @fauzanlatib (TikTok)

Sempoi je majlis mereka, meriah pun meriah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment