Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "View Buat Orang Insaf" - Lelaki Kongsi Pemandangan Hotel Ini Curi Tumpuan Ramai

Alamak, tersentap tengok view.

Cover image via @myazul_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila bercuti di hotel, permintaan pertama kita mesti mahukan pemandangan bilik yang cantik bukan?

Iyalah, orang kata kita dah bayar hotel dengan harga yang mahal jadi apa salahnya kalau dapat view hotel yang cantik. View hotel yang cantik secara tidak langsung boleh buatkan diri kita berasa tenang ketika bercuti.

Namun lain pula dengan sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila pemandangan hotel pasangan suami isteri itu menghadap tanah perkuburan telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Buka tingkap, terus auto tersentap tengok view dari bilik hotel

Menerusi video yang dimuat naik oleh @myazul, kelihatan dia dan suaminya sedang berehat di sebuah hotel di bandar Taiping, Perak.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menunjukkan pemandangan hotel itu yang menghadap kubur membuatkan rata-rata warganet terhibur.

Bukan sekadar menghiburkan, malah mereka juga menyatakan di ruangan kapsennya setiap kali memandang luar tingkap auto insaf seketika.

Image via @myazul_ (TikTok)

Image via @myazul_ (TikTok)

"Samalah kita. Saya dengan husband pernah dapat chalet belakang kubur dekat Pulau Perhentian. Buka tingkap je memang terus insaf" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 181.7K views, 8,508K likes dan 901 comments di TikTok. Rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @myazul_ (TikTok)

Image via @myazul_ (TikTok)

Image via @myazul_ (TikTok)

Image via @myazul_ (TikTok)

Ini bukan setakat insaf, risau tengah malam dengar bunyi ketuk tingkap je :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment