[VIDEO] Wanita Kongsi Jumpa Nasi Lemak RM1 Siap Ada Lauk - "Semoga Murah Rezeki Selalu"
Baik betul hati peniaga ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dengan peningkatan harga barangan pada zaman sekarang, ramai peniaga yang terpaksa menaikkan harga jualan mereka
Antaranya adalah seperti makanan kerana harga bahan mentah yang mahal. Malah, ada yang menaikkan harga sehingga tidak masuk akal.
Sudah tentu ini menjejaskan kehidupan seharian kita, apatah lagi jika sebelum ini kita sering membelinya. Antara makanan yang semakin naik harganya adalah nasi lemak. Nasi lemak sekarang dilihat semakin mahal dan tidak kena dengan harganya.
Namun, tular sebuah video baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi lauk nasi lemak RM1 yang dibelinya telah mencuri tumpuan ramai.
Image via @maizah888 (TikTok)
Terkejut lihat lauk nasi lemak RM1
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi lauk nasi lemak RM1 yang dibelinya di sebuah gerai.
Dia kemudian membukanya dan terkejut dengan lauk nasi lemak berkenaan. Dia seolah-olah tidak percaya melihat nasi lemak itu berisi ikan di dalamnya.
"Tengok zaman sekarang, zaman 2024 nasi lemak RM1 siap dengan ikan siap dengan kacang siap dengan sambal, seringgit," katanya.
Lihat video di bawah:
Susah nak cari nasi lemak RM1 yang ada lauk zaman sekarang ni. Rezeki akak tu jumpa :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment