Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Views Rendah Bila Post Tentang Palestin, Hazeman Huzir Kongsi Tips Elak Kena Shadowban

Banyak berlaku dekat Instagram Story.

Cover image via @hazemanhuzir (X)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penggunaan media sosial menjadi satu cara yang boleh kita gunakan untuk memberi kesedaran terhadap orang ramai tentang isu di Palestin

Image via thesequence.co.uk

Namun begitu, malangnya kesedaran yang ingin dikongsikan kepada orang ramai ini masih ada lagi halangannya walaupun menggunakan platform atas talian.

Baru-baru ini, timbul isu di mana hantaran-hantaran berkenaan kejadian dan kesedaran tentang isu di Palestin dikatakan telah dikenakan shadowban oleh platform media sosial itu sendiri.

Perkara ini menyebabkan hantaran-hantaran berikut tidak sampai kepada orang ramai sekaligus tidak dapat menyebarkan kesedaran apabila posting berkaitan Palestin dilihat mendapat views yang sangat rendah.

Kali ini kami kongsikan bagaimana cara bagi mengelakkan hantaran anda dikenakan shadowban:

1. Buat hantaran dalam bentuk screenshots atau screenrecordings

Anda boleh gunakan cara ini ketika hendak membuat hantaran pada Instagram Story berbanding berkongsi hantaran sedia ada seperti biasa.

Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan dari hantaran anda itu ditapis memandangkan posting asal yang ingin dikongsi mungkin telah dikenakan shadowban terlebih dahulu.

2. Jangan gunakan sebarang hashtags yang berkaitan dengan Palestin

Ya, perkara ini mungkin bercanggah dengan tujuan utamanya kerana penggunaan hashtags tentang Palestin akan memudahkan kita mencari posting tersebut.

Namun begitu, hashtags tersebut mungkin telah ditapis terlebih dahulu menyebabkan kita mungkin sukar mencari hantaran berkenaan Palestin.

3. Tulis dahulu ayat yang kita ingin sampaikan kemudian screenshot dan buat hantaran gunakan screenshot tersebut

Perkara ini bertujuan bagi mengelakkan daripada sesebuah platform media sosial itu dapat mengesan penggunaan perkataan yang telah ditapis.

Oleh itu, dengan membuat hantaran ayat-ayat yang telah ditangkap layar, platform media sosial itu tidak dapat mengesan apa ayat yang ditulis.

4. Elakkan guna emoji bendera

Sama saja seperti tips yang lain, penggunaan emoji bendera boleh memudahkan lagi hantaran anda dikesan dan boleh dikenakan shadowban.

Apa yang anda boleh lakukan adalah screenshot emoji tersebut dan letak pada hantaran anda dan bukan menaipnya secara terus dari keyboard telefon anda.

5. Minta rakan atau pengikut anda untuk interact dengan hantaran anda

Anda boleh meminta rakan-rakan anda untuk like, swipe up dan share hantaran yang anda lakukan.

Perkara ini membolehkan hantaran itu terus tersebar walaupun diancam dikenakan shadowban.

6. Letakkan polls atau stickers yang tidak berkaitan dengan Palestin

Perkara ini membolehkan hantaran anda terus meningkat interaktivitinya sekaligus memboleh hantaran tersebut meraih views yang tinggi.

7. Jika anda gunakan Instagram Story, pastikan selangkan posting tentang Palestin dengan posting random

Menerusi perkongsian Hazeman Huzir di X, perkara ini dilakukan bagi mengelakkan hantaran anda dikenakan shadowban oleh algoritma dan sistem platform media sosial yang digunakan.

Apa yang anda boleh lakukan bagi menangani situasi tersebut berlaku, anda perlu membuat satu hantaran random tak kisahlah gambar kucing ataupun kopi yang baru dibeli, kemudiannya barulah sambung untuk membuat hantaran berkaitan Palestin.

Harap dengan tips-tips ini dapat bantu anda sebarkan kesedaran tentang isu Palestin kepada orang ramai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment