Viral Dua Budak Nigeria Fasih Cakap Melayu Siap Bergurau Dengan Tukang Rakam Video. Comel!
Macam miming pun ada, terbaiklah adik!
Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa ibunda yang paling senang untuk warga asing belajar kerana perkataannya yang mudah untuk disebut
Kebanyakan warga asing yang datang menetap di Malaysia pasti dapat pelajari bahasa kita dalam masa yang singkat dan ada kalanya mereka juga mudah memahami loghat di negeri-negeri dalam Malaysia.
Sama juga seperti video ini yang tular di laman sosial Twitter apabila dua orang budak warganegara Nigeria dirakam semasa mereka berbual dengan seorang lelaki di dalam sebuah masjid.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Fasih berbahasa Melayu siap bergurau dengan perakam video
Menerusi video berdurasi 45 saat itu, kelihatan kanak-kanak lelaki dan perempuan tersebut diajak berborak dengan lelaki yang merakam video berkenaan.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila kanak-kanak lelaki itu tidak kekok berbahasa Melayu dan cara percakapannya juga tidak ubah seperti orang kita.
Dia juga sempat bergurau sambil bertanya kepada lelaki yang merakam video itu "dah ke video awak tu?".
Image via @aliffshanusi (Twitter)
"Very cute and polite. I hope you’ll grow up well" - Netizen
Selepas tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga hampir 245k views, 7.9k retweets dan 14k likes, rata-rata netizen turut menyifatkan kedua-dua kanak-kanak itu comel dan sangat bersopan-santun dengan orang lain.
Malah ramai yang menyangka video itu merupakan alih suara dan nampak seperti miming kerana tidak percaya mereka fasih berbahasa Melayu sebegitu.
Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Respect dekat adik-adik ni! Semoga membesar dengan baik ya :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment