Viral Foto YDPA & Permaisuri Mengaji, Netizen Mula Berangan Inginkan Hubungan Seperti Itu!
#RelationshipGoals
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sering menjadi tumpuan rakyat jelata yang kagum dengan sifat dan keperibadian pasangan tersebut
Selain kedua-duanya cukup sinonim dengan sikap mesra dan berjiwa rakyat, telatah spontan serta bersahaja mereka juga sangat dikagumi rakyat jelata.
Image via Google
Kemesraan yang ditunjukkan baginda ketika bersama Tunku Azizah sering mendapat pujian warganet yang menyifatkan ia sebagai resepi kebahagiaan pasangan itu. Keharmonian antara kedua-dua susuk diraja ini juga telah menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Baru-baru ini tular di laman-laman sosial gambar YDP Agong sedang 'mengeteh' bersama Raja Permaisuri selepas pulang dari mengaji
Gambar yang dimuat naik akaun Facebook, Pondok Ledang kemudian dikongsikan semula di laman Twitter oleh @brotherjambang itu menunjukkan kedua-duanya dalam keadaan sangat bersahaja.
Image via Twitter @brotherjambang
Manakan tidak, YDP Agong mengenakan jubah beserta kopiah manakala Raja Permaisuri pula manis dalam telekung ungu mudanya.
Dalam posting mereka, kedua-kedua akaun berkenaan turut memuji Seri Paduka Baginda dan permaisurinya yang didakwa hadir ke majlis ilmu bersama.
Image via Twitter @brotherjambang
Image via Twitter @brotherjambang
Seperti biasa, susulan daripada tularnya gambar tersebut, ramai yang cair melihat gelagat kedua-dua susuk diraja ini
Meninjau di ruangan komen laman Twitter, rata-rata warganet terharu melihat YDP Agong dan Raja Permaisuri. Masing-masing mendoakan kesejahteraan mereka.
Bahkan, ada juga yang mula berangan dan inginkan hubungan seperti itu. Manakan tidak, benar-benar #relationshipgoals kot!
Image via Twitter @brotherjambang
Image via Twitter @brotherjambang
Image via Twitter @brotherjambang
Pendakwah muda terkenal di laman Twitter, Addien, tidak ketinggalan dalam memberikan komennya tentang gambar YDP Agong dan Raja Permaisuri. Dia yang masing single turut sama 'berangan' mengharapkan bakal mempunyai hubungan seperti itu pada masa hadapan.
Image via Twitter @AdDien90
Betul, memang betul-betul #relationshipgoals.
Daulat Tuanku!
Image via jakpost.net
Nak pakai selendang ala Raja Permaisuri Agong?
Raja Permaisuri Agong pun pakai produk Nivea!
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment