seismik

Tukang Jahit Ajar Cara Pakai Selendang Pada Baju Kurung Ala RPA. Tak Perlu Menjahit Pun!

Hanya perlukan selendang dan beberapa biji kerongsang sahaja!

Cover image via Facebook Nurzailiasya Zaiera & Jabatan Penerangan Malaysia

Pasti ramai yang perasan dengan gaya pemakaian baju kurung Raja Permaisuri Agong yang ke-16, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang amat cantik lagi ekslusif

Image via Astro Awani

Kebanyakan busana Tunku Azizah merupakan hasil rekaan pereka fesyen terkemuka, Rizalman, yang telah bekerjasama dengan baginda selama 15 tahun. 

Image via Google

Dalam mereka busana Tuanku, pereka fesyen itu berkata, "Apabila baginda mengenakan hijab, saya tambah selendang yang menutupi bahagian depan dan rekaan itu saya hanya buat untuknya sahaja."

Image via Google

Ternyata, baju kurung tradisional disertakan dengan selendang di bahagian hadapan sememangnya menyerlahkan lagi karisma baginda. 

Ternyata, gaya pemakaian baju kurung ala Raja Permaisuri Agong juga telah menjadi ikutan wanita dan gadis masa kini

Sebelum ini sekumpulan pelajar perempuan dari SMK Seksyen 24(2) telah menjadikan gaya Raja Permaisuri Agong sebagai inspirasi ketika sesi photoshoot untuk gambar kelas mereka.

Kemudian tular pula gambar sepasangan mempelai yang mana pengantin perempuannya menggayakan busana mirip Raja Permaisuri Agong dalam satu sesi outdoor photoshoot .

Image via says.com

Selepas daripada itu, beberapa lagi gadis tampil berkongsikan gaya pemakaian baju kurung mereka yang disertakan dengan selendang di hadapan. Manis sekali!

Image via imgur.com

Sebenarnya, nak pakai baju kurung ala Raja Permaisuri Agong ini senang sahaja!

Buat mereka yang teringin menggayakan baju kurung seperti itu namun tidak tahu caranya, usah khuatir kerana baru-baru ini seorang tukang jahit telah berkongsikan cara pemakaian baju kurung ala Tunku Azizah dengan teknik paling ringkas.

Tak perlu menjahit pun!

Menerusi sebuah posting di laman Facebook, Nurzailiasya Zaiera berkata teknik yang ditunjukkan ini bukan sahaja sangat simple, tetapi paling penting sekali, low cost. Hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.

  1. Selendang 2 helai
  2. Beberapa biji kerongsang/brooch
  3. Kapur (untuk tanda) jika tiada kapur, boleh guna pensel
  4. Pembaris

Cara-caranya:

Ukuran bahu.

Image via Facebook Nurzailiasya Zaiera

Close-up.

Image via Facebook Nurzailiasya Zaiera


1) Mula-mula lipat selendang kepada dua. Dari tepi bahagian lipatan tandakan ukuran bahu ÷ 2. Sebagai contoh, bahu 15' ÷ 2 = 7 1/2. Tandakan 7 inci sahaja supaya ia terletak diatas bahu menggunakan kerongsang tadi.

Ukuran siku.

Image via Facebook Nurzailiasya Zaiera

Close-up.

Image via Facebook Nurzailiasya Zaiera

2) Selepas mengambil ukuran bahu, dari ukuran bahu yang 7 inci, tandakan pada bahagian tangan pula. Ukur sampai siku sahaja dalam 10 inci.

3) Bentangkan semula selendang dan cantumkan dengan selendang kedua.

4) Pinkan pada tempat yang tanda tadi iaitu pada bahagian bahu dan siku. Senang sahaja, bukan?

Cara pemakaian selendang ini juga sebenarnya boleh digunakan sebagai cover bayi juga. Kalau ingin nampak penuh, pinkan kerongsang pada baju kurung.

Nak buat gaya lain pun boleh. Pusingkan sahaja selendang itu!

Info tambahan: 

Untuk tampak kemas dan cantik, disarankan untuk menggunakan selendang half moon. Selendang biasa yang bersegi akan membuatkan ia kelihatan sangat labuh.

Tapi boleh sahaja kalau ingin try dengan selendang biasa.

Selamat mencuba!

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

More stories to read: