Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tak Perlu 'Instagram Husband', Wanita Ajar Tangkap Gambar Sendiri Dengan Cara Guna Video!

Cara yang dikongsikan Farah ini bukan sahaja mudah dan tidak menyusahkan orang tapi paling penting, anda takkan sakit hati.

Cover image via Twitter @frhdafri

Pernah dengar tak istilah 'Instagram husband'?

Kadang-kadang ada juga yang menggelarnya 'Instagram boyfriend'.

Kedua-duanya itu adalah gelaran yang selalu diberikan kepada para suami atau teman lelaki yang rela melakukan apa sahaja demi mendapatkan gambar yang perfect buat isteri atau teman wanita mereka.

Kadang-kadang ada yang sampai terduduk dan terbaring semata-mata ingin mendapatkan angle gambar yang terbaik. Manakan tidak, kalau hasil gambar tidak cantik, habis teruk pula kena marah.

Image via Bored Panda

Image via Bored Panda

Tapi bagaimana pula dengan wanita yang belum mempunyai suami mahupun boyfriend? Ataupun yang ada tapi si dia pula tidak mahir dalam menangkap gambar?

Jangan risau kerana baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsikan cara mudah untuk mengambil gambar sendiri tanpa memerlukan bantuan ataupun menyusahkan orang lain.

Paling penting, takkan sakit hati lagi. Iyalah, sendiri yang tangkap, takkan sendiri nak marah. Betul tak?

Melalui laman Instagram, Farah Dafri telah berkongsikan cara uniknya menangkap gambar sendiri iaitu melalui rakaman video

Menurut Farah, kebanyakan gambar yang diambil lalu dimuat naik ke dalam laman sosial sebenarnya merupakan hasil extraction daripada rakaman video.

Image via Twitter @frhdafri

Image via twimg.com

Tambah Farah lagi, dia menggunakan cara ini kerana lebih gemarkan gambar yang berbentuk movement kerana akan tampak lebih natural.

Bukan itu sahaja, Farah turut menggunakan laman Twitter untuk berkongsikan step-by-step caranya itu serta aplikasi yang digunapakai demi mendapatkan hasil gambar yang terbaik.

Boleh baca rangkaian tweet tersebut di bawah:

Mudah, bukan?

Bolehlah cuba tips dan tricks ini untuk gambar Raya nanti!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment