[VIDEO] Buat 'Isyarat Tangan' Tanda Perlukan Bantuan, Wanita Ini Akhirnya Diselamatkan
Difahamkan, wanita tersebut merupakan mangsa dera.
Isyarat tangan atau sign language tidak dinafikan sangat penting dalam kehidupan seharian
Kadangkala ada saja yang menggunakan sign language untuk berkomunikasi antara satu sama lain terutamanya orang yang tidak dapat berbicara dan mendengar. Jika anda pernah dengar, signal for help juga wujud untuk dipelajari ramai.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita yang dipercayai mangsa menunjukkan help gesture tanda meminta bantuan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat help gesture tanda minta bantuan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita dan teman lelakinya sedang bersiar-siar membeli makanan di sebuah gerai di Karnival Kaboom.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita yang memakai topi dan lengan panjang itu dilihat berdiri di depan gerai seperti ingin menjauhkan diri daripada teman lelakinya. Teman lelakinya itu dilihat membeli makanan di gerai sebelahnya.
Tidak lama kemudian, wanita itu kelihatan seperti membuat help gesture tanda dia sedang meminta bantuan. Mujur, salah seorang pengunjung karnival perasan dan terus meminta kru melaporkan kepada pihak polis.
Wanita itu mengaku bahawa dirinya didera oleh teman lelakinya yang dipercayai mengambil dadah.
"Suspek cuba mengelak tapi kru Kaboom Karnival berjaya melengahkan sampai polis datang Alhamdulillah suspek berjaya ditangkap. Good job guys" kata pengunjung karnival.
Image via @hazrulhaliliceokaw (TikTok)
"Banyak kali lihat video terjadi kat negara mat saleh, tak sangka ada juga kat Malaysia. Nasib baik dia tau signal tu. Terbaik orang-orang yang respond" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 548K tontonan, 29K tanda suka dan 642 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hazrulhaliliceokaw (TikTok)
Image via @hazrulhaliliceokaw (TikTok)
Image via @hazrulhaliliceokaw (TikTok)
Image via @hazrulhaliliceokaw (TikTok)
Harapnya semua dapat belajar help gesture ni!
Image via Wikimedia
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment