Wanita Indonesia Luah Rasa Teruja Beli Roti Ikan Bilis Di Malaysia - "Berbaloi Sangat!"
Sedap dan murah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika kita pergi melancong ke luar negara, sudah tentu oleh-oleh menjadi benda penting untuk dibawa pulang
Ia sebagai tanda kenangan sebelum meninggalkan negara berkenaan. Terpulang pada diri kita untuk membeli oleh-oleh apa untuk rakan dan ahli keluarga. Asalkan mengikut bajet yang telah anda tetapkan.
Baru-baru ini, tular sebuah video selepas seorang warga Indonesia menyarankan makanan di Malaysia yang berbaloi untuk dibawa pulang sebagai oleh-oleh.
Image via @pulledtea_ (TikTok)
Keluarga suka roti ikan bilis, siap pesan suruh bawa balik bila pulang
Menerusi video tersebut, seorang wanita Indonesia telah berkongsi barangan yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai oleh-oleh.
Difahamkan, dia kini menetap di Malaysia kerana bekerja di sini dan akan pulang ke kampung halamannya bila cuti panjang.
Menurutnya, dia akan pulang ke Jakarta bagi menemui keluarganya. Namun, selepas mendapat tahu berita itu, ahli keluarganya mula mengirimkan padanya roti ikan bilis jenama Gardenia untuk dibawa pulang.
Dia berkongsi perbualan menerusi WhatsApp yang menunjukkan ahli keluarganya mengirimkan makanan tersebut. Katanya, ketika pertama kali dia memberi roti itu kepada keluarganya, rata-rata mereka jatuh cinta dengan rasa roti itu.
Walaupun secara jujurnya dia kurang mengemari perisa roti itu, tetapi dia menyarankan agar pelancong yang berada di Malaysia untuk mencuba dan menjadikannya sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
"Jadi bagi yang sedang bercuti di Kuala Lumpur dan nak beli oleh-oleh, boleh beli roti ini. Mana tahu selera mereka sama seperti keluarga saya. Ia murah dan enak dan unik," katanya.
Lihat video itu di bawah:
Roti ni memang favourite ramai orang :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment