seismik

[VIDEO] Pelajar Intern 'Belasah' Senior Gatal, Tiba-Tiba Muncul Peluk Dari Arah Belakang

Itu makan dia.

Cover image via @RedSkullxxx (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah video memaparkan seorang kakitangan pelatih latihan industri sebuah hospital di wilayah Nonthaburi, Thailand membelasah seorang pekerja senior

Menurut laporan daripada Thaiger, perkara itu berlaku selepas pekerja senior lelaki itu tiba-tiba muncul dari arah belakang dan memeluknya.

Gadis berkenaan kemudian menggunakan seni mempertahankan diri, Muay Thai semasa lelaki tersebut cuba mencabulnya.

Tamatkan latihan praktikal di hospital selepas kejadian tersebut

Menerusi rakaman daripada CCTV, mangsa yang dikenali sebagai Baitong bertindak demikian sebagai amaran kepada lelaki tersebut selepas mendapat tahu suspek melakukan perkara yang sama kepada mangsa lain.

Semasa kejadian, dia sedang memesan makanan dari gerai berhampiran hospital pada waktu tengah malam.

Namun, disebabkan sibuk dan tidak dapat mengambil makanan yang tiba, suspek menawarkan bantuan untuk membawa makanan itu kepada mangsa.

Ketika mahu mendapatkan kembali makanan daripada suspek, lelaki itu terus memeluk Baitong dari arah belakang.

Perkara itu membuatkan gadis berkenaan memusingkan badannya ke arah suspek lalu menendang beberapa kali sehingga pelukannya terlepas.

Menurut Baitong, dia belajar Muay Thai daripada datuknya yang bekerja dalam industri tersebut.

Selepas kejadian tersebut, Baitong telah menamatkan latihan praktikal di hospital berkenaan sebaik membuat laporan kepada pihak atasan dan polis.

Suspek kini dikenakan tindakan disiplin oleh hospital sebelum diberhentikan kerja kerana melakukan perkara serupa kepada pelatih lain

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: