Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita Ini Dibakar Sampai Mati Oleh Suaminya Gara-Gara Kantoi Ada Kekasih Gelap

Difahamkan, pelaku dihukum penjara seumur hidup.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Seorang lelaki dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah kerana membunuh isterinya, Valentina Cozma dengan membakarnya pada 9 Februari lalu

Menurut laporan The Daily Mirror, lelaki berusia 42 tahun yang bernama Georgian Constain itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh isterinya, Valentina berusia 40 tahun tetapi juri di Mahkamah Stafford Crown berpendapat sebaliknya.

Pihak polis telah memburu suspek selepas dia mengaku melakukan pembunuhan itu dalam catatan Facebook yang kemudian dipadam.

Dia bagaimanapun ditangkap di sebuah alamat di London lima hari kemudian kira-kira 241 kilometer (km) dari rumahnya dengan hasil bedah siasat mendapati dia meninggal dunia akibat kesan kebakaran.

Suspek turut bersalah kerana membuat ugutan membunuh kepada teman lelaki isterinya

Hakim Kristina Montgomery KC berkata Constantin tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas tindakannya itu.

"Valentina berusia 40 tahun ketika kematiannya. Dia adalah ibu yang setia kepada anaknya. Semua bercakap mengenai kebaikan dirinya. Dia seorang wanita yang prihatin, menyokong dan mengambil berat orang lain sebelum dirinya.

"Kehilangannya dan keadaan di mana dia dibunuh menyebabkan penderitaan kepada mereka yang menyayanginya. Rasa kehilangan mereka yang tidak akan dapat diperbaiki. Anak lelakinya terpaksa membesar dengan dunia baru dalam ketiadaan kedua ibu bapanya," katanya.

Image via dailymail

Difahamkan, Constantin bertindak sedemikian kerana mahu membalas dendam terhadap wanita itu yang telah kantoi ada hubungan baru serta mahu bercerai

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment