Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita Kecewa Beli Tanghulu Dapat Gula Lembik Pula Dari Peniaga - "Ini Sakitnya Tang Gigi"

Spoil mood terus.

Cover image via @zazatampin (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai yang sudah mencuba makanan yang tengah viral sekarang iaitu tanghulu kan?

Tanghulu ini terdiri daripada buah-buahan yang telah disaluti dengan gula. Apabila dimakan, tanghulu akan rasa keras di luar dan lembut di dalam.

Disebabkan ianya sedang viral, jadi ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencubanya. Malah, banyak juga kedai-kedai yang dilihat menjual manisan ini.

Namun, bukan semuanya menjadi. Situasi itu sama seperti seorang wanita yang kecewa apabila tanghulu yang dibelinya tidak menjadi.

Image via @zazatampin (TikTok)

Tanghulu dibuat peniaga ini tidak menjadi

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi dia dan rakannya semasa itu berada di sebuah pantai dan telah membeli tanghulu dari seorang peniaga.

Tetapi, sebaik saja dia memakan, gula daripada tanghulu itu dilihat terlekat pada giginya selepas gigitan pertama. Hal itu terjadi kerana salutan gulanya tidak cukup keras.

Dia kemudian terus menariknya dan tidak mahu memakan lagi kerana sakit pada bahagian gigi. Malah, dia merasa kecewa dengan peniaga yang menjual tanghulu ini.

"Ni bukan tanghulu. Ni sakitnya tang gigi" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan diruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 16.3K likes dan 856 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @zazatampin (TikTok)

Image via @zazatampin (TikTok)

Image via @zazatampin (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

Kalau tak pandai buat tak payahlah menjual :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment