Wanita Kongsi Pelarian Kurang Ajar Minta Makanan Free Secara Paksa Ini Jadi Bualan Netizen
Dahlah meminta, kurang ajar pula tu.
Pelarian adalah golongan yang diberikan perlindungan di sesebuah negara di atas sebab-sebab tertentu
Pelarian tidak sama dengan migran. Mereka ini meninggalkan negara mereka di atas faktor seperti peperangan, penindasan ataupun pengusiran. Disebabkan faktor ini yang menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan untuk tidak kembali ke negara asal.
Namun begitu, di Malaysia seringkali kita mendapat berita di media sosial berkenaan pelarian ini semakin bersikap kurang ajar dan tiada kesedaran sivik.
Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi situasi ketika seorang pelarian wanita bersikap kurang ajar dan meminta makanan percuma secara paksa telah mengundang reaksi ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Minta secara paksa, bila tak bagi boleh pula kurang ajar
Menerusi video yang dimuat naik oleh @suhaimi4567 (TikTok), kelihatan dia berkongsi situasi dia memarahi seorang pelarian wanita yang datang meminta makanan kepadanya.
Difahamkan, selama dia berniaga di kawasan berdekatan di Kuala Lumpur itu dia sering melihat kumpulan pelarian ini meminta duit dan memaksa orang awam yang lalu di kawasan itu.
Dia juga hampir terkena dengan perkara yang sama apabila seorang pelarian wanita meminta dan memaksanya untuk memberi makanan secara percuma. Bukan itu sahaja, pelarian itu juga bersikap kurang ajar dengannya selepas dia memarahi wanita itu.
Lihat video lain itu di bawah:
"Dah pernah kena masa beli barang dekat Chow Kit. Masuk pasar ramai dengan kumpulan dia, banyak kali datang minta duit" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 639.6K views, 16.4K likes dan 573 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama. Mereka juga pernah berjumpa dengan kumpulan ini dan memohon agar pihak berkuasa untuk tampil segera mengambil tindakan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @suhaimi4567 (TikTok)
Image via @suhaimi4567 (TikTok)
Image via @suhaimi4567 (TikTok)
Image via @suhaimi4567 (TikTok)
Image via @suhaimi4567 (TikTok)
Bukan tiada niat untuk membantu, tapi makin lama makin menjadi-jadi pula :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment