Keadaan Rumah Habis Rosak & Kotor, Tuan Rumah Ini Kesal Bagi Harga Sewa RM450 Sebulan
Teruknya!
Seringkali kita mendengar tentang luahan tuan rumah memiliki penyewa pengotor, penyewa dari neraka dan sebagainya
Perkara ini tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana, akan ada sahaja penyewa yang berkelakuan sedemikian dan tidak bersyukur mendapat tuan rumah yang baik.
Tetapi, tidak semua penyewa yang berperangai begitu. Ada juga yang memiliki penyewa yang baik tetapi tuan rumah pula yang bermasalah. Oleh itu, kita sebagai penyewa atau tuan rumah harus bersyukur jika memiliki penyewa atau tuan rumah yang baik.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita berkongsi keadaan rumahnya selepas penyewa diarahkan keluar telah menjadi bualan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebelum naik harga, sewa bulanan hanya RM400 sebulan sahaja
Menerusi video berkenaan, kelihatan pemilik rumah ini berkongsi keadaan rumah yang ditinggalkan oleh bekas penyewanya.
Perkara yang mengejutkannya adalah apabila rumah ditinggalkan dalam keadaan kotor dan berbau hancing. Malah, perabot miliknya sebelum ini ditinggalkan dalam keadaan elok tetapi kesemuanya habis rosak.
Difahamkan, harga sewa naik kepada RM450 sebulan disebabkan rate bank naik. Ekoran itu, yang menyebabkan penyewa ada tunggakkan. Apabila minta bayaran, penyewa memberikan banyak alasan.
Lihat video lain itu di bawah:
"Saya kalau boleh rumah macam ni, memang saya akan jaga dengan baik. Dahlah murah" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.4M views, 49K likes dan 2,685 comments di TikTok. Rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!