Pemuda Sebak Masa Jamah Air Tangan Terakhir Arwah Ibu, Ramai Kongsi Kisah Yang Sama
Al-Fatihah.
Kehilangan orang yang tersayang merupakan antara ujian yang paling gentir buat seseorang
Kehilangan insan tersayang ini tidak akan ada penggantinya. Lebih-lebih lagi, kehilangan kedua-dua ibu bapa. Gelak tawa, bebelan, cara pemakaian dan masakan mereka tiada siapa yang boleh menggantikannya.
Ketika mereka masih ada di dunia, sentiasalah menghargai kehadirannya. Hal ini kerana, setelah pemergian mereka bermakna tiada lagi figura yang dapat menggantikan tempat mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang pemuda berkongsi kisah dukanya ketika menjamah hidangan terakhir arwah ibunya telah membuatkan ramai tersentuh.
Lihat video penuh itu di bawah:
Arwah ibu seolah-olah dah tahu dia akan pergi buat selamanya
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia berkongsi kisah ketika dia sedang menjamah hidangan terakhir arwah ibunya.
Di ruangan kapsyen dia berkata, dia masih terkejut di atas kehilangan arwah. Difahamkan, arwah ibunya seolah-olah tahu waktu tibanya untuk dia pergi. Hal ini kerana, dia sempat meninggalkan lauk terakhir air tangannya di dalam peti sejuk.
Malah, dia juga berkata bukannya dia tidak reda tetapi dia rindu kerana masih dalam fasa terkejut disebabkan arwah pergi secara tiba-tiba.
Lihat video lain itu di bawah:
"Mama saya meninggal tahun 2019. Sampai hari ini saya masih simpan cili jeruk yang mama buatkan. Sayang nak makan dan memang letak dalam peti ais saja. Untuk kenangan nanti" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 169.9K views, 17.1K likes dan 751 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman sama ketika kehilangan insan tersayang. Malah, ada juga yang masih menyimpan air tangan terakhir arwah ibu mereka.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!