Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita Naik Flight Pergi Balik Penang-KL 5 Hari Seminggu Untuk Bekerja - "Lagi Jimat Kos"

Difahamkan, dia dapat menjimatkan lebih banyak wang dengan berulang-alik setiap hari antara kedua-dua negeri itu.

Cover image via CNA Insider (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dedikasi seorang ibu di Malaysia, yang terbang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur lima kali seminggu untuk bersama anak-anaknya ternyata telah buat ramai kagum

Dalam sebuah video yang diterbitkan oleh CNA pada Selasa, 4 Februari lalu, Racheal Kaur berkata, dia bangun sekitar jam 4 pagi pada hari bekerja dan meninggalkan rumah untuk mengejar penerbangannya, yang biasanya dinaiki jam 5.55 pagi.

"Penerbangan biasanya mengambil masa kira-kira setengah jam hingga 40 minit, dan saya berada di pejabat selewat-lewatnya jam 7.45 pagi," kata Racheal.

Difahamkan, Rachel bekerja sebagai penolong pengurus di bahagian operasi kewangan AirAsia.

Sebaik sahaja dia tiba di Terminal 2 KLIA, dia hanya mengambil masa tujuh minit untuk berjalan kaki ke pejabatnya.

Sebelum ini, dia menyewa di Kuala Lumpur dan hanya pulang seminggu sekali. Bagaimanapun, dengan dua anak yang sudah berusia 11 dan 12 tahun di rumah, Racheal memutuskan untuk berulang-alik setiap hari bagi meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

"Saya merasakan keperluan untuk seorang ibu berada di rumah adalah lebih kerap. Dan dengan pengaturan ini, saya dapat pulang ke rumah setiap hari. Saya dapat melihat mereka pada waktu malam, membantu dengan apa-apa kerja rumah. Anda sahaja yang tahu anak-anak" katanya.

Racheal Kaur.

Image via CNA Insider (YouTube)

Terima kasih kepada AirAsia kerana memberi diskaun untuk kakitangan, Racheal belanjakan RM50 sehari untuk perjalanan pergi balik berjumlah RM1,100 sebulan

Malah, menurutnya penerbangan setiap hari adalah lebih murah berbanding ketika dia tinggal di Kuala Lumpur, di mana sewa sahaja akan menelan kos RM1,400 hingga RM1,500 sebulan.

Perbelanjaan makanannya juga telah dikurangkan separuh daripada RM600 kepada RM300 sebulan. Secara keseluruhan, Racheal menjimatkan kira-kira RM700 sebulan dengan berulang-alik 600km setiap hari.

Image via CNA Insider (YouTube)

Racheal tiba di Pulau Pinang sekitar jam 7.30 malam, hanya berdepan 'kesesakan' ramai bila tiba musim puncak

“Pada waktu puncak atau musim perayaan, kami sebenarnya sudah bersiap sedia kerana akan memastikan keutamaan tetamu. 

"Jadi itulah masa-masa yang menjadi sedikit cabaran. Tetapi pada akhirnya, saya akan pulang ke rumah jadi ia tidak menjadi masalah," katanya.

Racheal juga mengakui perjalanan itu memenatkan, tetapi melihat anak-anaknya di rumah setiap hari menjadikan perjalanan itu berbaloi.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment