Wanita Rusia Tak Kisah Dapat Lelaki Bergaji Rendah Kalau Nak Kahwin, Tapi Ada 'Syaratnya'
Dengar tu para lelaki di luar sana.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebut saja tentang perkahwinan, setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga haruslah bersedia dari segi kewangan terlebih dahulu
Zaman sekarang, jika kewangan tidak stabil memang sukar untuk kita hidup bersama pasangan. Tambahan pula bagi golongan lelaki yang perlu menyediakan macam-macam keperluan untuk si isteri.
Jadi, tidak hairanlah jika ramai wanita meletakkan hantaran yang tinggi dan lebih memilih lelaki bergaji tinggi sebelum mereka berkahwin.
Namun, lain pula dengan seorang wanita Rusia ini yang tidak kisah jika bakal suaminya tidak bergaji tinggi telah mencuri tumpuan ramai.
Image via @spstreetstory (TikTok)
Menerusi video yang dimuat naik oleh @spstreetstory, wanita itu berkata dia tidak kisah tentang berapa jumlah pendapatan yang diraih oleh bakal suaminya. Cukup sekadar mampu menanggung perbelanjaan kos sara hidup mereka.
Apabila ditanya berapa anggaran gaji yang diperlukan oleh bakal suaminya, wanita tersebut menjawab sekitar US$500 saja iaitu lebih kurang RM2,353.
Apa yang lebih menarik, menurut tradisi di Rusia, lelaki perlu menyerahkan duit kepada ibu bapa bakal isterinya yang akan digunakan untuk majlis perkahwinan. Jumlah wang tersebut pula kira-kira US$200 RM941 saja.
Namun, bakal suaminya perlu menanggung kesemua kos perbelanjaan lain untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan nanti.
Lihat video penuh di bawah:
Bukan main lagi dekat ruangan komen ramai yang nak cuba nasib ya :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment