Iklan Mechamato Terpampang Di Tokyo, Warganet Bangga Karya Tempatan Kini Dikenali Ramai
Wow, terbaiklah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siri animasi Mechamato mendapat perhatian peminat animasi tempatan dan luar negara apabila iklannya terpampang di papan iklan di Tokyo
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah MONSTA, Nizam Abd Razak memuat naik video pendek dan gambar di Facebooknya yang memaparkan siri iklan animasi itu ditayangkan secara umum di Akihabara, Tokyo.
"Mechamato di Akihabara! Pusat dunia anime! Mechamato x Tokyo MX!",katanya.
Sebanyak dua musim siri Mechamato kini sedang ditayangkan di Tokyo MX dan beberapa platform penstriman di Jepun
Manakala, musim ketiga siri animasi itu pula dijangka ditayangkan hujung tahun ini. MONSTA adalah syarikat hiburan yang berpengalaman dan terkenal dengan penghasilan watak-watak fiksyen popular seperti BoboiBoy, Mechamato, Papa Pipi dan Fly With Yaya.
Kejayaan siri animasi itu turut mendapat perhatian warganet yang turut berasa bangga serta teruja melihat karya animasi tempatan kini berada di peringkat antarabangsa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!