Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Warga Amerika Terdiam & Kagum Dengar Laungan Azan Ketika Podcast - "Suaranya Sangat Merdu"

Mereka dilihat sempat berhenti seketika untuk menghayatinya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi umat Islam, laungan azan adalah petanda bahawa telah masuknya waktu solat fardu

Umat Islam diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu sehari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrin dan Isyak.

Di Malaysia, laungan azan sering dapat didengari di mana-mana masjid atau surau berdekatan kerana Malaysia adalah negara yang majoritinya beragama Islam.

Malah, laungan azan juga mudah didengari di negara-negara Islam yang lain.

Berbeza pula dengan video yang tular ini selepas warga Amerika meluahkan rasa kagum mereka sebaik sahaja mendengar laungan azan.

Image via BFFs: Josh Richards & Bri Chickenfry (YouTube)

Berhentikan sesi podcast demi menghayati laungan azan

Menerusi video penuh di YouTube mereka, kelihatan dua orang warga Amerika ketika itu sedang menjalani shooting podcast berdekatan sebuah tempat di Abu Dhabi.

Difahamkan, ketika itu mereka sedang membincangkan mengenai persembahan di Super Bowl Halftime Show baru-baru ini.

Namun, ketika mereka asyik membincangkannya, kendengaran laungan azan dari jauh. Mereka kemudian meluahkan rasa terujanya dan cuba mencari di internet mengenainya.

Malah, mereka menganggap ia adalah suara indah dan menakjubkan yang mereka dengar.

"Dari mana suara itu datang? Ia sangat indah dan menakjubkan," ujar mereka.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment