Peniaga Bazar Ramadan Gigit Anggota DBKL Sampai Luka, 3 Suspek Kini Ditahan Polis
Difahamkan, pegawai terbabit telah mengalihkan food truck suspek yang menghalang lorong.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan polis selepas menghalang pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang bertugas pada 5 Mac lalu
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman memberitahu pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita bertugas sebagai pegawai penguat kuasa DBKL, jam 5.59 petang.
Difahamkan, pegawai terbabit memaklumkan ketika bertugas di Jalan Benteng, dia telah mengalihkan food truck yang menghalang lorong kira-kira jam 11.30 pagi.
Namun, tindakannya itu menyebabkan wanita pemilik food truck menghalang dan berlaku pergelutan di antaranya dengan wanita terbabit.
Dipercayai, peniaga berkenaan berang dan bertindak demikian selepas gagal menunjukkan lesen perniagaan apabila diminta anggota itu dan mahu menyita gerai jualannya ketika menjalankan operasi di sekitar ibu negara.
Luka sampai berdarah selepas digigit
Akibat daripada pergelutan tersebut, pengadu mengalami kecederaan dan luka akibat digigit.
Gigitan tersebut telah meninggalkan kesan yang agak dalam pada bahagian lengan dan berdarah.
Malah, pegawai DBKL terbabit terpaksa menahan sakit selama beberapa minit sebelum beberapa rakannya yang lain berjaya untuk membantunya melepaskan diri daripada gigitan peniaga berkenaan.
Bagaimanapun, wanita terbabit berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!