seismik

Terminal Bersepadu Gombak Yang Berkonsepkan Mall Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Lembah Klang

TBG juga menghubungkan bas antara bandar dan diintegrasikan dengan stesen LRT Gombak serta stesen ECRL Gombak.

Cover image via Harian Metro & Facebook

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dijangka beroperasi sepenuhnya Mei ini

Menerusi laporan, ia bukan sahaja menjadi hab pengangkutan utama ke Pantai Timur malah binaannya yang eksklusif berkonsepkan pusat beli-belah sekali gus bakal menjadi tarikan yang menggamit kedatangan pengunjung.

Pengasas Syarikat & Ketua Pegawai Eksekutif Terminal Bersepadu Gombak Sdn Bhd (TEGAS), Datuk Seri Mohd Nadzlim Mohd Noor memberitahu terminal tujuh tingkat dengan tiga tingkat dikhaskan untuk perkhidmatan bas, manakala empat tingkat lagi dibuka sebagai pusat beli-belah.

Malah, ia akan memberi keselesaan kepada pengguna khususnya mereka yang mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Infrastruktur lengkap dan tersusun termasuk 1,200 tempat letak kereta, TBG tentunya menjanjikan pengalaman menarik serta eksklusif.

"Selalunya orang datang terminal bas untuk naik bas balik kampung, tapi di TBG semuanya ada… ada kios yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan berkonsepkan F&B, restoran, kedai serbaneka, aksesori, fesyen, perkhidmatan dan hiburan termasuk aktiviti sukan serta kedai kecantikan dan kesihatan.

"Malah di sini terdapat dewan serbaguna yang boleh disewa untuk diadakan apa-apa majlis termasuk perkahwinan yang mampu menampung sehingga 2,000 orang dalam satu-satu masa,"
katanya.

Image via Rnggt
Image via Facebook

Jadi hab pengangkutan utama untuk perjalanan ke Pantai Timur

Difahamkan, TBG terletak di kawasan strategik di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta berdekatan dengan Plaza Tol Gombak dan Stesen LRT Gombak.

Ia sekali gus merupakan hab pengangkutan utama untuk perjalanan ke Pantai Timur membabitkan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Terdahulu ,Menteri Pengangkutan Anthony Loke melakukan tinjauan kesiapsiagaan operasi TBG dan ketersambungan infrastruktur terminal itu dengan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak dan Rel Hubungan Pantai Timur (ECRL) Gombak.

Menurutnya, TBG dijangka beroperasi pada 15 Mac ini dengan perkhidmatan menurunkan penumpang dari Pantai Timur, sebelum memulakan perkhidmatan mengambil penumpang untuk ke laluan sama seminggu kemudian.

Selain bas ekspress, TBG juga menghubungkan bas antara bandar dan diintegrasikan dengan stesen LRT Gombak serta stesen ECRL Gombak, yang pembinaannya sudah mencapai 79 peratus.

TBG juga menyediakan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan di TBG seperti tandas, surau serta kemudahan pergerakan golongan ini untuk turun dan naik bas.

Image via Facebook
Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: