seismik

Dapat Tahan Dahaga & Kenyang Lama, Ini Minuman Yang Boleh Anda Amalkan Ketika Sahur

Semoga kita dapat kenyang lebih lama.

Cover image via Detik Food (Gambar sekadar hiasan) & CNN Indonesia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berpuasa bukanlah sekadar hanya menahan diri daripada makan dan minum

 Malah, ia lebih daripada itu antaranya kita perlu menahan diri dan segala anggota badan daripada segala perbuatan dosa.

Tidak dinafikan, berpuasa memang akan buat kita merasa lapar dan dahaga, disebabkan itu penting untuk kita bersahur. Bersahur ini dapat membantu kita untuk kekal bertenaga seharian.

Namun, apa yang paling penting pada waktu sahur adalah makanan dan juga minuman yang kita ambil. Kalau nak bertenaga lebih lama, kita perlu mengambil makanan dan minuman yang sepatutnya.

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda, antara minuman yang anda boleh amalkan ketika sahur agar hilang dahaga dan kenyang lebih lama.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kalteng Lima

1. Air nabeez

Gambar sekadar hiasan.

Image via My Pangandaran

Kurma sudah menjadi makanan wajib ada ketika di bulan Ramadan tidak kira semasa berbuka atau bersahur.

Namun, tahukah anda makanan sunah ini boleh diambil dalam bentuk berbeza iaitu dengan air rendaman kurma atau dikenali sebagai air nabeez.

Pada waktu sahur ambil kurma (bilangan ganjil) dan rendam di dalam segelas air masak. Air nabeez ini dapat mengelakkan badan daripada dihidrasi dan meningkatkan tenaga.

2. Air chia seed

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tribun News

Tahukah anda chia seed mempunyai kandungan seratnya yang tinggi dan mampu memberikan keseimbangan penting dalam diet. Bukan itu sahaja, ia membantu melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit.

Air chia seed ini juga dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan menjadikannya pilihan ideal ketika waktu bersahur.

3. Air kelapa

Gambar sekadar hiasan.

Image via Detik Health

Air kelapa mengandungi rendah kalori dan membekalkan pelbagai vitamin dan mineral semulajadi kepada tubuh badan. Malah, ia dapat membekalkan penghidratan. Amalkan minuman ini ketika waktu bersahur.

4. Jus buah-buahan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Easy Bakelab

Selain daripada minuman di atas, anda juga boleh membuat jus buah segar kerana tidak mengandungi gula tambahan. Minuman ini dapat menghidrat tubuh dengan lebih baik.

Anda boleh amalkan dengan mengambil jus buah tanpa sebarang tambahan gula.

5. Air kosong

Image via Berita Harian

Air kosong adalah air wajib anda ambil tidak kira ketika berpuasa atau tidak. Namun, bagi bulan puasa ini amalkan pengambilan sedikit lebih daripada yang selalu anda ambil.

Ini bagi memastikan tubuh kekal hidrasi sepanjang Ramadan tambahan lagi dengan cuaca yang panas sekarang.

6. Susu segar

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Susu menjadi antara minuman pilihan orang ramai kerana kandungannya yang berkhasiat. Malah, susu boleh menjadi sumber tenaga tambahan ketika berpuasa menjadikan ia pilihan ramai.

Boleh lah korang cuba amalkan masa sahur nanti :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: