Nak Melancong Waktu Puasa? Ini 5 Tips Anda Perlu Tahu Sebelum Sibuk Berjalan Sakan
Jangan sampai berbuka pula ya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita semua akan melangkah ke bulan Ramadan
Sudah pasti ramai yang sudah membuat persediaan menyambut bulan mulia ini. Malah, kita juga perlu bersyukur kerana masih diberi peluang bertemu dengan bulan Ramadan.
Tidak dinafikan, bulan puasa bukanlah penghalang untuk anda melakukan aktiviti sukan dan luar lain. Cuma, anda perlu bijak membahagikan masa dan tenaga agar tidaklah 'terbuka' puasa pula nanti.
Bagi mereka yang kaki travel, tentu anda sudah ada plan mahu pergi ke mana dan mahu cuba menyambut Ramadan di tempat lain kan?
Jom kami kongsikan kepada anda antara tips yang anda perlu tahu kalau nak pergi melancong ketika puasa.
1. Jangan tertinggal waktu sahur
Waktu sahur adalah perkara yang paling penting. Pada waktu inilah kita perlu makan agar badan kita dapat menahan untuk aktiviti seharian. Jadi, nanti kalau berjalan tak adalah perut 'berbunyi' dan terasa lapar sahaja.
2. Periksa waktu imsak dan berbuka
Tidak dinafikan, ramai juga yang memilih untuk bercuti luar daripada Malaysia. Ini sudah pastinya akan mempunyai perbezaan waktu dari Malaysia. Jadi, anda perlulah mengenal pasti negara dan tempat yang anda menginap untuk periksa waktu imsak dan berbuka mereka di sana.
3. Bawa bekalan kurma dan air
Ini adalah perkara paling mustahak. Dalam pada anda syok berjalan dan meneroka negara orang, jangan lupa bawa bekalan seperti air dan kurma.
4. Bawa stok makanan halal
Jika anda melancong ke negara yang majoriti penduduknya bukan Islam, adalah perlu untuk anda membawa stok bekalan makanan halal bagi memudahkan anda. Sekarang ini dalam talian juga banyak pek-pek makanan tersedia untuk dimakan.
5. Pilih aktiviti yang bersesuaian
Dalam pada anda seronok melancong dan meneroka banyak tempat menarik, anda dinasihatkan agar memilih aktiviti yang bersesuaian. Iyalah, tambahan pula tengah puasa, takkan nak lakukan aktiviti yang boleh memenatkan badan betul tak?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!