"Weh Dia Twerk!" - Ramai Kata Muka Suami Bengis, Sekali Isteri Exposed Perangai Sebenar
Masuk air suami dia!
Ramai berpendapat bahawa lelaki yang muka garang ini sebenarnya dalam hati ada taman. Betul ke?
Tambahan pula, sekarang tengah trending di TikTok di mana para isteri exposed perangai sebenar suami mereka yang kononnya dikatakan garang.
Tidak terkecuali dengan seorang wanita ini apabila suaminya dikatakan bengis kerana mukanya yang susah untuk senyum. Namun, videonya tular selepas dia merakam gelagat lucu si suami di rumah.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kawan-kawan kata muka suami bengis, rupa-rupanya 'pak lawak'
Menerusi video yang dimuat naik oleh @babyyuna2.0, kelihatan wanita itu berkongsi perangai sebenar suaminya yang masuk air apabila berada di rumah.
Hakikatnya, si suami bukanlah seorang yang bengis. Malah, dia merupakan seorang yang gila-gila dan 'masuk air'.
Dia dilihat menari dan sempat membuat aksi twerk ketika isterinya merakam dia keluar dari rumah. Bukan itu saja, lelaki itu juga siap merangkak seperti hantu Ju-On.
Image via @babyyuna2.0 (TikTok)
"Perangai sebiji laki saya. Sakit hati je kadang kalau gaduh dengan dia. Ada je benda nak buat orang gelak haha" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 811.9K views, 85.4K likes dan 1.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami wanita itu yang ternyata tidak bengis sama sekali.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @babyyuna2.0 (TikTok)
Image via @babyyuna2.0 (TikTok)
Image via @babyyuna2.0 (TikTok)
Image via @babyyuna2.0 (TikTok)
Image via @babyyuna2.0 (TikTok)
Image via @babyyuna2.0 (TikTok)
Image via @babyyuna2.0 (TikTok)
Image via @babyyuna2.0 (TikTok)
Image via @babyyuna2.0 (TikTok)
Image via @babyyuna2.0 (TikTok)
Rare betul suami dia punya tahap masuk air tu. Mesti isteri dia hari-hari terhibur :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment