seismik

"Dah Pandai Buat O" - Akibat Kuat Merajuk Masa Mengandung, Anak Ikut Muncung Sejak Lahir

Comel je muncung dia.

Cover image via @fiaidora (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah bagi setiap wanita mengandung, pasti setiap hari tertanya-tanya bagaimana rupa anak yang bakal lahir nanti bukan?

Selalunya, anak akan ikut perangai ibunya. Jika si ibu suka senyum, nanti anak pun akan senyum saja bila sudah lahir.

Berbeza pula dengan sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita berkongsi gambar anaknya semasa baru lahir telah mencuit hati warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Penangan kuat merajuk masa pregnant, sekali anak keluar-keluar dah pandai buat mulut muncung

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fiaidora, kelihatan dia memaparkan gambar anak perempuannya yang baru saja lahir.

Apa yang mencuit hati ramai adalah apabila anaknya itu sentiasa memuncungkan mulutnya. Rupa-rupanya, si ibu gemar merajuk semasa mengandung. Jadi, anaknya pula yang terkenan sejak hari pertama lahir.

"Ini hari pertama dia lahir. Muncung kan mulut dia? Macam tu lah mommy dia masa mengandungkan dia, suka sangat merajuk. Sampai ke sekarang tau dia suka buat mulut macam tu. Tak apalah nak, janji comel," katanya.

"Alamak anak lelaki saya masa scan lagi dah muncung. Keluar nanti macam ni la kot" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 1.5M views, 146.2K likes dan 1.9K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat bayi itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comel sangatlah dik. Kecil-kecil dah pandai buat 'O' ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: