seismik

Alkisah Perangai Ibu Kuat Tidur Masa Mengandung, Sekali Turun Pula Ke Anak Siap Berdengkur

Comelnya baby!

Cover image via @viannanasir (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, bukan semua wanita mempunyai sikap aktif semasa mengandung

Ada yang lebih suka baring dan tidur kerana merasa badan sentiasa lemah sepanjang hari. Tambahan pula jika mendapat alahan yang teruk, lagilah lesu je badan.

Tetapi, betul ke orang kata perangai ibu semasa mengandung akan turun ke anak apabila dia lahir nanti? Mungkin ya, mungkin tidak.

Seperti sebuah video ini apabila seorang berkongsi perangainya semasa mengandung telah menarik perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@viannanasir

Alkisah time pregnant kuat tidur. Keluar anak pun kuat tidur siap pakej kuat berdengkur & ngences.

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod

Masa pregnant kuat tidur, sekali dapat anak ikut perangai yang sama

Menerusi perkongsian video daripada @viannanasir, kelihatan dia berkongsi perangai semasa mengandungkan anak perempuannya.

Menurut wanita itu, dia merupakan seorang yang kuat tidur semasa mengandung. Mungkin kerana keletihan dan tidak bermaya, sudah pasti ramai juga ibu mengandung di luar sana mempunyai perangai sama seperti ini bukan?

Namun, siapa sangka perangainya itu diikuti oleh si kecil yang baru dilahirkannya. Anaknya juga kuat tidur saling tak tumpah seperti ibunya. Malah, si comel itu juga kuat berdengkur.

"Alkisah time pregnant kuat tidur. Keluar anak pun kuat tidur siap pakej kuat berdengkur & ngences," katanya di kapsyen.

"Haha saya masa mengandung kerja sampai pagi. Siang baru tidur, anak lahir memang sebijik perangai" - Netizen

Ternyata, ramai netizen di ruangan komen turut berkongsi kisah sama mereka semasa mengandung yang turun sampai ke anak. Ada yang kuat berjalan, kuat menangis dan sebagainya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 372.8K views, 34.9K likes dan 1.3K shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ibu-ibu dekat luar sana pun ada pengalaman sama ke masa mengandung? Cuba kongsikan di ruangan komen :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: