Lepas Tercalon Dalam Anugerah E!, Yuna Dilamar Pula Agensi Pemodelan Terkemuka Dunia. YES!
Work it, girlfriend!
Siapa tidak kenal Yuna?
Penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah, yang telah melakar nama di persada antarabangsa
Image via Google
Yuna, atau nama penuhnya Yunalis Zarai, sebelum ini telah beberapa kali melakar sejarahnya sendiri di luar negara apabila merakamkan lagu bersama penulis lagu dan penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat iaitu Usher menerusi lagu 'Crush'.
Image via Malaysia Tatler
Selain itu, Yuna juga telah berkolaborasi dengan penyanyi G-Eazy menerusi dua lagu iaitu 'Lights and Camera' dan 'Blank Marquee'.
Bukan itu sahaja, Yuna yang menetap di Amerika Syarikat juga pernah bekerjasama dengan komposer terkemuka seperti David Foster dan Pharrell Williams.
Terbaru, Yuna kini telah melebarkan sayapnya dalam bidang modelling dengan bernaung di bawah agensi pemodelan terkemuka dunia, Wilhelmina Models
Berita baik ini telah dikongsikan penyanyi berusia 32 tahun itu sendiri menerusi akaun Instagram miliknya pada Isnin, 16 September lalu.
Image via Instagram @yuna
“Ini berita yang saya ingin kongsi dengan anda semua - saya sekarang bernaung di bawah @wilhelminamodels!
“Siapa pernah sangka, mak, kita berjaya lakukannya!" tulis Yuna pada ruangan kapsyen foto dirinya bergambar di agensi permodelan tersebut.
Image via Instagram @yuna
Ternyata, berita ini telah membuatkan peminat serta teman rapat penyanyi kelahiran Kedah itu teruja dan rata-rata mereka mengucapkan tahniah di atas pencapaiannya itu.
Antara komen yang diterima Yuna di laman Instagramnya:
Image via Instagram @yuna
Wilhelmina Models bukan hanya mewakili model tetapi ramai selebriti antarabangsa lain termasuklah Shawn Mendes, Nicki Minaj, Sofia Richie, Kygo dan Niall Horan.
Buat yang tidak tahu, Yuna juga telah berjaya dicalonkan dalam kategori Most Inspiring Asian Woman untuk acara berprestij E! People’s Choice Awards 2019
Menerusi pencalonan ini, Yuna menyeru kepada semua peminat dan rakyat Malaysia untuk mengundinya bagi membolehkan calon dari Malaysia merangkul pengiktirafan itu.
Selain Yuna, Chutimon Chuengchareonsukying dari Thailand, CL (Korea Selatan), Alia Bhatt (India), Jung Yu-Mi (Korea Selatan), Praya Lundberg (Thailand), Raline Shah (Indonesia), dan Zhou Dongyu (China) antara individu yang tercalon dalam kategori yang sama.
Image via Instagram @yuna
E! People’s Choice Awards 2019 akan berlangsung pada 11 November depan di Barker Hangar, California, AS dan sudah pasti acara yang paling dinanti-nantikan ini bakal mendapat liputan luas serata dunia serta kunjungan selebriti ternama.
Buat anda yang mahukan Malaysia merangkul kemenangan dalam kategori Most Inspiring Asian Woman 2019, curahkan sokongan anda dengan mengundi Yuna di SINI
Image via Instagram @yuna
Yuna ini power sangat, nak makan kek lapis pun teringat beliau!
Lagi artikel tentang Yuna di SAYS:
Leave a comment