Penyanyi Tersohor Yuna Berkolaborasi Dengan Pereka Handbag & Kasut Terkenal, Christy Ng
Memang cantik dan sangat minimalis sekali koleksi ekslusif #YunaXChristyNg ini!
Pada 5 Januari lalu, penyanyi dan penulis lirik terkenal iaitu Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna telah memberikan 'buah tangan' buat semua peminatnya di Malaysia
Image via Instagram @christyngshoes
Yuna dikatakan telah berkolaborasi dengan pereka beg tangan dan juga kasut terkenal iaitu Christy Ng. Nama yang tidak asing lagi dengan rekaan beg tangan dan kasut yang begitu cantik dan minimalis.
Namun kali ini, Christy Ng melakukan perbezaan besar dengan mengeluarkan satu koleksi beg tangan dan juga kasut yang direka khas buat mereka yang meminati gaya fesyen Yuna. Sangat artistik dan simple untuk digayakan.
Apa yang lebih menarik, koleksi ini juga diilhamkan oleh kesusahan yang dihadapi oleh wanita di luar sana untuk menjadi lain daripada yang lain. Bukan senang untuk menghentikan semua stereotaip yang sedia ada.
Image via SAYS Seismik
Tambahan pula, kerjasama ini adalah bertujuan untuk menghasilkan kasut dan beg tangan berjenama yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang boleh dimiliki oleh semua wanita di seluruh dunia.
Tak begitu mahal dan mampu untuk dibeli oleh sesiapa sahaja yang berminat.
Anda boleh lihat ke semua rekaan tas tangan dan juga kasut yang telah direka khas oleh Christy Ng di bawah:
Lady In Red Saddle Bag @ RM189
Image via SAYS Seismik
Ada juga beberapa warna lain yang dikeluarkan untuk koleksi beg tangan ini:
Image via SAYS Seismik
The Alis Bag & YZS Shoes berwarna California Girl Yellow @ RM189
Image via Instagram @christyngshoes
Image via SAYS Seismik
Koleksi kasut YZS @ RM189
Image via SAYS Seismik
Image via SAYS Seismik
Jika anda berminat untuk memiliki koleksi ekslusif beg tangan dan juga kasut #YunaXChristyNg ini, boleh klik di sini
Image via Instagram @christyngshoes
Terbaiklah Yuna & Christy Ng!
Image via Gif Finder
Hmm, agak-agak dUCk akan keluarkan koleksi raya bagaimana pula tahun ini ya?
Leave a comment