Yuran Bas Sekolah Dijangka Naik RM5 Hingga RM10 Setiap Pelajar Mulai Februari Depan
Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan antara pihak pengusaha bas sekolah dan ibu bapa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) dijangka meneruskan kenaikan tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan 2025 bermula Februari ini
Menurut laporan Utusan Malaysia, kenaikan tambang bermula antara RM5 hingga RM10 bagi setiap pelajar, bergantung kepada persetujuan bersama antara pihak pengusaha bas dan ibu bapa.
Presiden GPBSM, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata keputusan itu sepenuhnya berdasarkan rundingan antara pengusaha bas dan ibu bapa tanpa campur tangan kerajaan.
Image via Berita Harian
"Kenaikan ini berdasarkan persetujuan bersama. Jika ibu bapa tidak bersetuju, mereka boleh memilih pengusaha bas lain yang bersesuaian dengan bajet mereka. Lazimnya, kenaikan antara RM5 dan RM10 daripada harga asal. Ini dianggap sebagai kadar munasabah yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak," katanya.
Sebelum ini, tambang bas sekolah dilaporkan mungkin meningkat antara RM10 dan RM20 bagi sesi persekolahan 2025, berikutan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi termasuk kenaikan harga alat ganti dan pelaksanaan gaji minimum baharu
Walau bagaimanapun, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata keputusan menaikkan tambang bas sekolah perlu melibatkan perbincangan dengan ibu bapa, sekolah dan PIBG.
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) juga telah mengeluarkan amaran tentang pengambilan tindakan terhadap persatuan perniagaan yang secara terbuka mengumumkan kenaikan harga yang dijangkakan.
Pengerusinya, Tan Sri Idrus Harun menyifatkan tindakan ini sebagai cubaan mengelirukan orang ramai dan mempromosikan amalan kartel.
Susulan itu, Mohd Rofik menasihatkan lebih 6,000 pengusaha bas dan van sekolah di negara ini supaya berbincang terlebih dahulu mengenai kenaikan tambang dengan ibu bapa dan penjaga sebelum membuat keputusan.
Image via Berita Harian
Mengulas lanjut, beliau berkata maksimum kenaikan tambang yang wajar adalah antara RM5 dan RM10 bergantung kepada rundingan kedua-dua pihak.
Jelasnya, kenaikan kos operasi memberi tekanan kepada pengusaha bas untuk menaikkan tambang, tetapi mereka juga memahami beban kewangan yang dihadapi ibu bapa.
"Kerajaan tidak terlibat dalam menentukan kadar tambang. Pengusaha bas dan ibu bapa perlu mencari persetujuan yang adil untuk kedua-dua pihak," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment