Budaya ‘Scalper’ Makin Berleluasa Di Malaysia, Peminat Risau Hobi Makin Musnah

Sampai bila mereka mahu hancurkan hobi kita?

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads & SAYS

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hobi sepatutnya menjadi satu bentuk terapi emosi di mana ramai orang melepaskan tekanan

Sama ada mengumpul kad permainan (TCG), mengumpul model permainan, pergi ke konsert, hobi telah telah menyatukan pelbagai jenis komuniti buat ramai orang.

Tetapi budaya mengumpul di Malaysia kini semakin lama semakin teruk kerana dicemari kewujudan scalper (ulat jualan).

Majoriti daripada scalper ini hanya mementingkan keuntungan sehingga ada yang sanggup dibelenggu hutang semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Kononnya dianggap sebagai 'side hustle' (pendapatan sampingan).

Apa yang mereka buat hanyalah mengurangkan stok, meningkatkan harga, menjadikan barang yang sepatutnya tidak sukar untuk dijumpai menjadi sukar dijumpai dan sudah semestinya terlalu mahal.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facebook

Jadi apa itu scalper?

Scalper dalam erti kata mudah ialah seseorang yang membeli barangan terhad, popular, diingini ramai dengan niat hanya untuk mendapat keuntungan sahaja.

Lain daripada peminat atau pengumpul sebenar, majoriti daripada mereka ini tidak langsung mempunyai minat dengan barangan hobi yang telah dibeli oleh mereka.

Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah scalper sehingga ramai orang tidak dapat langsung membeli produk hobi mereka dengan Harga Runcit Disyorkan Pengeluar (MSRP).

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via SAYS

Ada yang terpaksa membeli dengan harga berlipat-kali ganda. Ada harga yang langsung tidak masuk akal kerana dinaikkan sesuka hati oleh scalper.

Mereka ini memanfaatkan permintaan tinggi dengan memanipulasi pasaran dengan memborong stok dalam kuantiti yang sangat besar sama ada menggunakan perisian bot automatik untuk penjualan online atau mengupah orang untuk beratur.

Matlamat mereka hanya satu iaitu mewujudkan kekurangan stok secara buatan supaya boleh dijual dengan harga yang lebih mahal.

Industri yang dihancurkan scalper di Malaysia

Banyak sektor-sektor hobi yang terkesan dengan masalah scalper di Malaysia. Dari permainan, pakaian, barangan teknologi, barangan koleksi dan pelbagai lagi benda yang dianggap boleh dijual semula.

Trading Card Games (TCG)

Antara yang paling banyak menjadi mangsa scalper ialah mereka yang akan membeli stok TCG seperti Pokémon, One Piece, dan yang lain sebelum sampai ke rak kedai. Jika sudah sampai, mereka akan mengupah orang untuk beratur dan membeli stok kad sebanyak mungkin.

Perkara ini menyebabkan harga kad-kad melonjak tinggi dan pemain baharu dan lama terpaksa menarik diri daripada bermain.

SAYS.com
Image via Threads

Kanak-kanak adalah antara mangsa masalah scalper untuk TCG. Ramai kanak-kanak tidak mampu untuk membeli kad dan mengharapkan ibu bapa. Tetapi harga yang begitu mahal menyebabkan ibu bapa tidak mampu untuk membelinya. Perkara ini sekali gus membuat satu ekosistem TCG itu lama-kelamaan tidak mempunyai pemain pelapis baharu untuk meneruskan komuniti.

Mereka juga akan terus kehilangan minat terhadap mana-mana TCG akibat terlalu mahal.

Tiket konsert & pelbagai acara

Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar harga tiket konsert yang tiba-tiba melonjak sehingga mencecah ribuan ringgit.

Majoriti scalper menggunakan bot untuk menyapu habis semua tiket dan kemudiannya menjual kepada orang ramai yang tidak dapat melawan 'robot' untuk membeli tiket secepat mungkin.

SAYS.com
Image via Hitz

Sudah banyak kali, peminat tegar menjadi mangsa kerana tiket untuk zon biasa pun berharga ratusan ringgit, malahan mencecah ribuan ringgit.

Ini tidak lagi termasuk orang-orang yang menipu mereka dan menjual tiket yang sah.

Masalah ini muncul dengan lebih banyak apabila datangnya kumpulan artis-artis terkenal yang membuat persembahan di Malaysia.

SAYS.com
Image via Reddit

Baru-baru ini, harga tiket Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Sepang telah melonjak dengan begitu tinggi akibat scalper.

Permainan dan barangan koleksi

Sama seperti TCG barangan mainan dan koleksi tidak terlepas daripada scalper.

Kejadian yang baru sahaja berlaku di Malaysia apabila permainan Beyblade X telah diborong sebanyak mungkin oleh scalper yang mahukan keuntungan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Threads

Stok Beyblade kekal menjadi antara barangan hangat yang akan disambar secepat mungkin oleh scalper.

Koleksi seperti Hot Wheels juga telah dibolot sehabis mungkin oleh scalper di mana harga yang sepatutnya murah menjadi begitu mahal.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Syok

Makanan dan minuman viral

Bukan barangan koleksi sahaja, makanan dan minuman juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa scalper.

Majoriti makanan yang akan diborong secara banyak adalah pencuci mulut.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Shopee

Perkara ini menyebabkan pelanggan biasa terpaksa membayar dengan harga berganda daripada "reseller".

Kes ini pernah terjadi kepada produk Sambal Nyet Khairul Aming ketika baru dijual beberapa tahun dahulu. Harga produk ini meningkat dan dijual dengan harga dua atau tiga kali ganda harga asal.

Pakaian

Apa sahaja pakaian berjenama yang ramai orang minat akan menjadi sasaran buat para scalper.

Antara barangan yang paling popular adalah kasut, baju edisi terhad, jersi, topi dan pelbagai lagi pakaian.

Sudah terjadi beberapa kes di mana produk tempatan dibeli secara banyak oleh seorang scalper yang kemudiannya dijual kepada orang ramai dengan harga berlipat kali ganda.

Kesan buruk dan penyelesaian tangani scalper

Budaya 'scalping' ini merosakkan ekosistem komuniti, kewangan dan boleh membunuh industri tempatan.

Antara jalan penyelesaian mudah yang boleh dilakukan ialah penganjur dan peniaga melaksanakan sistem jualan yang lebih ketat, mengehadkan pembelian dan menggunakan sistem anti-bot yang lebih baik.

Tetapi semua ini tidak akan berhenti jika pengguna itu sendiri masih menunduk dan akur dengan harga merepek yang diletakkan oleh scalper. Selagi dibeli, selagi itulah mereka ini akan wujud.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: