Misteri Ketukan Pintu 20 Rumah Awal Pagi, Cetus Kebimbangan Penduduk Kampung Di Jerantut

Siapa yang ketuk pintu rumah warga Jerantut?

Cover ImageCover image via Janaan AI & Dreamstime

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setelah hampir setahun berlaku, kali ini misteri ketukan kuat pintu rumah berlaku di beberapa kampung dan kawasan perumahan di daerah Jerantut, Paha

Kejadian misteri itu didakwa berlaku berulang kali sejak awal pagi Khamis dan berlaku pada kira-kira jam 1.30 pagi.

Sekurang-kurangnya 20 rumah di sekitar Kampung Sajang (simpang Tebing Tinggi) dan Perias mendakwa menjadi sasaran ketukan misteri oleh individu tidak dikenali.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Safarudin Yusof, 59, mengatakan kejadian berlaku secara mengejut dan telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan ahli keluarga dan penduduk setempat.

SAYS.com
Image via Threads

Perkongsian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiada individu yang mengetuk pintu

Satu perkongsian di media sosial menunjukkan rakaman CCTV dengan bunyi ketukan tetapi tiada orang yang mengetuknya.

Persoalan yang menjadi tanda tanya apabila tiada kelibat mengetuk pintu di luar rumah ketika memeriksa rakaman.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada kejadian tidak diingini, kecederaan atau kehilangan harta benda dilaporkan berlaku di kawasan terjejas," kata Sarafudin.

Seorang lagi penduduk Taman Temin Utama, Rosmaidi Sulaiman mengatakan kejadian ketukan itu bukan perkara baharu kerana kejadian yang sama pernah dilaporkan berlaku di beberapa daerah di Pahang dan negeri berhampiran.

SAYS.com
Image via Kosmo

Kejadian ini telah mencetuskan spekulasi termasuk kemungkinan perbuatan khianat atau usikan individu tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Noor Azman Yusof menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan kediaman.

Penduduk diminta untuk tidak membuka pintu sewenang-wenangnya tanpa mengenal pasti individu di luar rumah.

Kejadian yang sama pernah berlaku kepada warga Alor Star Ogos tahun 2025 dan warga Puncak Alam Mei tahun ini.

Kalau bukan perkara mistik, apa penjelasan dari segi saintifik?

Dilaporkan oleh Mstar, bunyi ini terhasil daripada kesan tekanan atmosfera dan suhu wilayah yang digelar atmospheric pressure – induced structural noise.

Fenomena ini lazimnya berlaku pada sekitar awal pagi hingga 5.30 pagi di mana suhu persekitaran berada pada tahap paling rendah.

Perubahan tekanan udara yang berlaku secara serentak ini memberi kesan kepada struktur bangunan seperti pintu besi, grill, pagar dan bumbung dimana proses pengembangan dan pengecutan mendadak menghasilkan bunyi kuat seperti ketukan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS