Warga Alor Setar Pula Digemparkan Dengan Gangguan Ketukan Misteri Pada Waktu Malam
Siapa yang ketuk pintu rumah warga Alor Setar?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penduduk di sekitar Alor Setar mendakwa mereka telah diganggu oleh satu bunyi ketukan misteri di pintu rumah mereka semalam
Menerusi perkongsian dari penduduk Alor Setar, ramai meluahkan perasaan takut dan pengalaman mereka dimana pintu rumah diketuk dengan kuat pada pukul 12 pagi hingga 3 pagi.
Dikongsikan oleh @nurrfariha di Threads, dia memberitahu pintu rumahnya telah diketuk beberapa kali tetapi tiada orang ataupun kelibat setelah diperiksa.
"Ada tak orang Langgar Alor Setar kat sini, rumah kita kena ketuk banyak kali ni malam malam buta. Jiran pun dengar, dia periksa cctv tunjuk dekat abang polis tak nampak apa. Nampak gaya, aku pun nk kena pasang juga cctv ni," katanya.
Ketukan misteri ini didengari oleh beberapa penduduk di kawasan Jalan Langgar dan Pekan Langgar.

Ramai penduduk hairan dengan punca sebenar bunyi ketukan misteri ini
Ada netizen yang mendakwa ini adalah bulan di mana orang "mencuba" sihir.
Seorang lagi pengguna Threads mengatakan bunyi ketukan itu begitu kuat seolah-olah ada orang sedang marah dan mahu masuk ke rumahnya.
"Rumah saya pun dengar juga sis tengah malam, kawasan motel *****. Kami keluar periksa tak ada apa. Lepas tu adik kata dengar bunyi sekali lagi."

Gambar janaan AI
Image via KosmoAda yang menasihati supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah demi keselamatan.
"Suami saya anggota, memang banyak laporan rumah kena pecah masuk. Baik pasang CCTV demi keselamatan rumah."
Selebihnya menceritakan pengalaman rumah mereka diketuk pada waktu yang berbeza-beza.
"Rumah saya smpai dua kali kena semalam. Awal tu pukul 10 lebih. Dia ketuk 5 kali saya duduk dalam bilik air, ingat husband melawak. Keluar tengok tak ada pon masa tu. Adik di dapur pun dengar, dia keluar suluh cari sapa yang ketok. Tapi tak ada siapa pun. Lepas tu pukul 12 lebih 3 kali ketuk pula. Tadi pula suami telefon cakap jiran belakang rumah dengar semalam orang bagi salam sayup-sauyp dia taberani bukak pintu la," kongsi @nur_ezarty di Threads.
"Eh sis baru teringat, semalam pun kitaorang dengar. Suami saya cakap, takkan ada orang hantar barang malam-malam ni. Saya Taman *******."
Kalau bukan perkara mistik, apa penjelasan dari segi saintifik?
Perkara ini juga berlaku di Puncak Alam pada bulan Mei lepas.
Dilaporkan oleh Mstar, bunyi ini terhasil daripada kesan tekanan atmosfera dan suhu wilayah yang digelar atmospheric pressure – induced structural noise.
Fenomena ini lazimnya berlaku pada sekitar awal pagi hingga 5:30 pagi di mana suhu persekitaran berada pada tahap paling rendah.
Perubahan tekanan udara yang berlaku secara serentak ini memberi kesan kepada struktur bangunan seperti pintu besi, grill, pagar dan bumbung dimana proses pengembangan dan pengecutan mendadak menghasilkan bunyi kuat seperti ketukan.
Namun persoalannya untuk penduduk Langgar, Alor Setar adakah ia makhluk entiti misteri, orang bermain sihir atau hanyalah tekanan atmosfera sahaja?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via