Ingat Ada Mangsa Perlu Bantuan, Polis Pecah Masuk Galeri Seni Selamatkan Patung Seni
Arca patung yang terlalu realistik pun boleh bawa masalah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis dan bomba dari Vancouver, Kanada baru-baru ini riuh apabila telah menyerbu sebuah pusat galeri seni yang dikatakan memerlukan bantuan kecemasan.
Serbuan ini dibuat berdasarkan laporan kecemasan yang dibuat oleh seseorang yang memerlukan bantuan secepat mungkin.
Menurut laporan dari CityNews, kejadian ini berlaku pada 14 Ogos lepas di Access Gallery.
Orang yang menelefon pihak berkuasa mengatakan dia ternampak sepasang kaki dari belakang kaunter dan percaya ada orang yang memerlukan bantuan.
Pada mulanya, pihak polis tidak dapat menghubungi pihak galeri, mereka bergegas ke tempat kejadian bersama bomba untuk membuka pintu masuk ke galeri tersebut.
Alangkah terkejutnya mereka kerana itu hanyalah pameran realistik dengan nama 'The Preparator'. Satu arca realistik hasil ciptaan Alyssa Pierre yang menunjukkan seorang pekerja galeri seni menunduk masuk ke dalam peti kayu, dengan bahagian atas badannya berada di dalam peti tersebut.

Pihak galeri terpaksa menanggung rugi RM4,000 akibat kerosakan
Menurut Pengarah Access Gallery, Sagi Ehteshamzadeh, dia pada mulanya risau kerana mendapat maklumat daripada polis mengatakan terdapat seseorang di dalam galerinya.
"Saya sangka telah kunci pintu dan penggera keselamatan telah dibuka. Bagaimana ada orang boleh masuk?," katanya.
Seorang rakan kepada artis yang kebetulan tinggal berdekatan cuba memberitahu polis bahawa itu bukan manusia, hanyalah arca, tetapi telah diendahkan oleh polis.
Vancouver police broke down the door of an art gallery to save a person who turned out to be a sculpture
— 604RAW (@604RAW) August 19, 2026
The broken lock and gate cost the gallery close to $1,000 pic.twitter.com/91R1XSZf3n
"Rekaan dan maklumat arca ini berada di laman rasmi kami," katanya lagi.
Perkara ini dapat dielakkan dengan mudah jika pihak berkuasa membuat carian dalam talian terlebih dahulu untuk mengesahkan arca itu.

The Preparator adalah salah satu daripada hasil seni yang akan dipamerkan di pameran PENDING berkenaan.
Pihak pameran terpaksa menanggung kerosakan bernilai AS$1,000 (RM4,000) untuk memperbaiki kunci dan pagar galeri tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via