Touch ‘n Go Perkenal Kad Perniagaan Digital, Gabung Kerjaya Profesional & Mobiliti

Dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan individu menghubung kehidupan profesional dengan keperluan mobiliti harian.

Cover ImageCover image via Touch 'n Go

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) kini menawarkan kad perniagaan pelbagai guna bagi pembelian individu

Perkara ini sekali gus menyediakan penyelesaian perangkaian mampan dengan menggabungkan perkongsian maklumat hubungan secara digital dan fungsi pembayaran pengangkutan harian.

Setiap pengguna boleh membeli kad ini dengan harga pengenalan RM49.90.

SAYS.com
Image via Touch 'n Go

Kad ini membolehkan golongan profesional, usahawan, pekerja bebas dan perniagaan untuk bertukar-tukar serta mengemas kini maklumat hubungan secara digital sama ada melalui sentuhan teknologi komunikasi medan dekat (NFC) atau imbasan kod QR. Kod QR hadir untuk mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan kad nama bercetak secara tradisional.

Selain fungsi digital, fungsi pembayaran NFC Touch 'n Go sepenuhnya juga ada untuk membolehkan pemegang kad guna untuk membayar tol lebuh raya, parkir dan perkhidmatan pengangkutan awam terpilih di dalam negara.

Kad ini dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan individu menghubung kehidupan profesional dengan keperluan mobiliti harian

Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go Praba Sangarajoo mengatakan kad berkenaan dibangunkan khusus bagi memenuhi keperluan individu yang mencari alat praktikal untuk menghubungkan kehidupan profesional dengan keperluan mobiliti harian.

SAYS.com
Image via Touch 'n Go

"Menerusi Kad Perniagaan pelbagai guna ini, kami menawarkan penyelesaian praktikal yang menyokong keperluan peribadi mahupun profesional pengguna.

"Selain memudahkan proses menjalin hubungan, ia turut menjadi alternatif bagi mereka yang semakin prihatin terhadap penggunaan bahan cetakan yang tidak diperlukan dan memastikan maklumat mereka sentiasa dikemas kini.

"Menggabungkan perangkaian digital dan kemudahan mobiliti Touch 'nh Go, kami ingin menghasilkan kad dengan pelbagai kegunaan dan selari dengan gaya hidup, pekerjaan dan pergerakan rakyat Malaysia,"
katanya.

Kad perniagaan Touch 'n Go (Perak) boleh dibeli secara individu melalui laman rasmi Touch 'n Go.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS