Mengapa IPU 200 Baru Sekolah Ditutup, Ini Penjelasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Difahamkan, keputusan membabitkan berjuta-juta anak murid dan ada perkara yang perlu difikir secara serius.

Cover ImageCover image via Harian Metro & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan (KPM) perlu pertimbangkan banyak perkara sebelum menutup sekolah akhir masalah jerebu

Perkara ini adalah berhubung dengan operasi sekolah dan jika ditutup dapat mengganggu aliran pengajian anak murid.

Walau bagaimanapun, keselamatan dan kesihatan murid susulan jerebu adalah keutamaan.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengatakan KPM memilih langkah lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan bagi penutupan sekolah.

Di Facebook milik beliau, Fadhlina menjelaskan perkara ini.

"Kita pilih untuk lebih berhati-hati (buat sebarang keputusan) sebab yang kita hendak jaga ini adalah anak-anak kita sendiri.

"Saya baca ramai yang tanya, kenapa sebelum ini sekolah ditutup apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) masih rendah, sekarang kena tunggu sampai 200 pula?

"Apabila Sultan Ibrahim menzahirkan kebimbangan mengenai keadaan jerebu, sudah tentu kita ambil perkara ini secara serius,"
katanya.

SAYS.com

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek

Image via Berita Harian

Selepas keputusan penutupan dibuat pandangan ibu bapa masih dipantau

Terlalu banyak pandangan dari ibu bapa yang masih dipantau dan dipertimbangkan.

"Ada minta tutup sekolah seminggu. Ada yang risau anak-anak makin tertinggal pelajaran. Ada juga pening kepala sebab kena pergi kerja, tetapi tiba-tiba sekolah tutup dan tiada siapa hendak jaga anak di rumah.

"Setiap keluarga (ada) cabaran masing-masing. Setiap pandangan diberikan tentu ada sebabnya. Cuma apabila kita hendak membuat keputusan membabitkan berjuta-juta anak, ada perkara yang kita kena fikir secara serius,"
katanya lagi.

Keputusan yang melibatkan berjuta-juta anak murid berkaitan jerebu bukan sekadar soal sekolah hendak dibuka atau ditutup. KPM perlu mengambil kira soal kesihatan, keadaan udara dan pengurusan bencana dalam negara.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Setiap agensi kerajaan memainkan peranan penting masing-masing. Bukan KPM sahaja yang menentukan perkara ini. KPM akan mengambil pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi perkara berkaitan pengurusan bencana.

Oleh itu, KPM akan memutuskan pihak sekolah kembali kepada ketetapan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK).

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Setiap langkah untuk mengurangkan pendedahan kepada jerebu akan diambil mengikut tahap bacaan IPU.

Kelonggaran juga telah diberikan dimana jika ibu bapa berasa keadaan jerebu boleh menjejaskan kesihatan anak, mereka dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: