Prabowo Akhirnya Luluskan & Terima Bantuan Malaysia Padam Kebakaran Hutan

Prabowo menyifatkan jerebu sebagai krisis alam yang perlu ditangani bersama.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto akhirnya meluluskan penerimaan bantuan daripada Malaysia

Dilaporkan oleh Berita Harian, portal ANTARA melaporkan, Menteri Luar, Arrmanatha Nasir mengatakan, Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) sedang memuktamadkan prosedur operasi dan teknikal untuk menerima bantuan berkenaan.

"Perkara itu sudah dibincangkan dan sedang diproses. Seperti yang kita ketahui, presiden sudah memberikan kelulusan," katanya.

Menurut beliau, Prabowo sedang memantau rapat perkembangan kebakaran kerana ia telah menjejaskan teruk beberapa wilayah di Indonesia dan rantau Asia Tenggara dalam skala yang besar.

Indonesia kini telah menggerakkan 60,177 anggota termasuk anggota bomba, tentera, polis, pegawai perhutanan dan sukarelawan tempatan untuk menangani kebakaran yang masih lagi menyala.

SAYS.com

Anggota penyelamat dan doktor veterinar daripada yayasan hidupan liar membawa seekor orang utan yang diselamatkan.

Image via Berita Harian

Pesawat dan helikopter turut digunakan untuk melaksanakan pengeboman air dari udara serta pembenihan awan di zon berisiko tinggi.

"Langkah yang diambil Indonesia setakat ini adalah tegas dan menyeluruh, mencerminkan komitmen kukuh kami untuk menyelesaikan krisis ini secepat mungkin," kata Nasir.

Prabowo menyifatkan jerebu sebagai krisis alam yang perlu ditangani bersama

"Kebakaran berlaku di Indonesia, tetapi kesannya turut dirasai negara jiran. Oleh itu, kami mengalu-alukan sokongan mereka," katanya.

Nasir juga mengesahkan bahawa Indonesia sudah menyerahkan pelaporan mengenai usaha untuk membendung kebakaran hutan dan tanah semasa krisis jerebu yang telah merentas sempadan.

SAYS.com

Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

Image via Berita Harian

Semua data operasi juga telah dikongsikan, termasuk langkah pembendungan, keadaan di lapangan dan perkembangan semasa.

Operasi pemadaman berskala besar akan membantu mengurangkan lagi jumlah titik panas harian di wilayah terjejas walaupun cuaca menyukarkan usaha mitigasi berkenaan.

"Laporan terkini menunjukkan kemajuan ketara setiap hari, dengan jumlah titik panas terus menurun. Data operasi terperinci boleh diperoleh daripada Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB)," katanya.

Malaysia dan Singapura turut menggesa operasi di lapangan dipertingkatkan akibat kualiti udara yang kian merosot sehingga menjejaskan aktiviti awam di kawasan sempadan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: