Masih Ramai Murid Sekolah Tidak Memakai Pelitup Muka Susulan Jerebu Makin Teruk

Ibu bapa perlu lebih peka dengan kesihatan anak mereka ketika jerebu ini.

Cover ImageCover image via Harian Metro & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hanya sebahagian murid dan pelajar dilihat memakai pelitup muka berikutan keadaan jerebu yang kualiti udara yang merosot

Menurut laporan daripada Harian Metro, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah meningkat di beberapa kawasan tetapi masih ramai murid yang pergi ke sekolah tanpa perlindungan pernafasan.

Tetapi terdapat sebahagian pelajar yang memakai pelitup muka.

Pihak sekolah juga telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memantau keadaan fizikal murid di pintu masuk dan telah diarahkan untuk mengurangkan aktiviti fizikal luar bilik darjah untuk mengurangkan pendedahan.

Ibu bapa turut risau memandangkan musim peperiksaan juga akan bermula pada minggu hadapan.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mulakan penyelarasan tatacara untuk sekolah

KPM memulakan penyelarasan pengoperasian sekolah berpandukan PTJK.

"Langkah ini bertujuan memastikan keputusan dibuat secara lebih tersusun berdasarkan penilaian keadaan semasa, termasuk bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan nasihat kesihatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

"Melalui penyelarasan ini, aktiviti luar bilik darjah akan ditangguhkan apabila bacaan IPU melebihi 100, manakala penutupan sekolah dilaksanakan apabila bacaan IPU melebihi 200, selaras dengan ketetapan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan,"
katanya.

SAYS.com

Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.

Image via UtusanImage via

Menteri Pendidikan Fadhlina mengatakan bacaan IPU boleh berubah-ubah dalam tempoh yang singkat dan sangat memahami kerisauan ibu bapa terhadap kesihatan anak-anak mereka apabila sekolah masih dibuka.

"Penutupan sekolah untuk beberapa hari lebih awal tanpa mengambil kira perubahan ini boleh menyebabkan anak-anak kehilangan masa pembelajaran walaupun kualiti udara telah kembali pulih.

"Pada masa yang sama, saya memahami kebimbangan ibu bapa terhadap kesihatan anak-anak, khususnya mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau lebih sensitif terhadap pencemaran udara,"
katanya lagi.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Beliau turut berpesan bahawa ibu bapa diberkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang akan kesihatan dan keselamatan mereka sepanjang tempoh jerebu berlaku.

Keselamatan dan kesihatan anak-anak tetap menjadi keutamaan tetapi persekolahan juga mempunyai nilai yang besar untuk pembelajaran mereka.

Pakai pelitup muka yang betul iaitu jenis N95 untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: