Warga Singapura Kongsi Air Tadahan Hujan Bertukar Hitam Dan Kotor Akibat Jerebu

Perkara ini juga menunjukkan alam sedang membersihkan udara.

Cover ImageCover image via mothership.sg

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Foto dan video kini telah tersebar di banyak media sosial menunjukkan air tadahan hujan yang menjadi kotor akibat jerebu

Dilaporkan oleh mothership.sg, air hujan yang telah ditadah dalam baldi telah menjadi warta kehitaman dan kotor di Singapura.

Beberapa warga Singapura juga telah berkongsi gambar yang menunjukkan air tadahan tidak sepatutnya berwarna sebegini.

SAYS.com
Image via mothership.sg

Ramai netizen di media sosial terkejut dengan apa yang berlaku. Ada yang mengatakan berkemungkinan bekas tadahan itu sudah sedia kotor dan menyebabkan air menjadi kotor.

SAYS.com
Image via mothership.sg

Ada netizen yang mengatakan gambar dan video itu adalah reaksi yang berlebihan kerana mereka tidak menunjukkan kawasan rumah berkenaan jika ada kekotoran lain yang menyebabkan air itu keruh.

Tetapi terdapat seorang lagi pengguna yang mengatakan ini adalah perkara yang betul yang menunjukkan air tadahan di rumahnya menjadi keruh.

SAYS.com
Image via mothership.sg

Jadi, apa yang menyebabkan fenomena ini?

Jerebu dari kebakaran hutan mempunyai jelaga, abu dan karbon yang tidak terbakar.

Pembenihan awan dapat membantu mengurangkan jerebu. Dalam proses ini, hujan mengalirkan partikel halus, termasuk pencemaran dan digelar sebagai penuaian air hujan. Hujan ini selalunya hanya membantu untuk jangka masa pendek sahaja.

SAYS.com

Proses pembenihan awan.

Image via Kosmo

Tetapi hujan yang mempunyai pencemaran jerebu ini boleh meninggalkan kesan kekotoran di atas kereta dan tumbuhan.

Baru-baru ini, Prabowo telah meluluskan bantuan Malaysia untuk memadamkan kebakaran hutan di kawasan Kalimantan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: