Musim Tengkujuh Sudah Bermula, Monsun Timur Laut Berterusan Sehingga Mac 2027

Sediakan payung sebelum hujan.

Cover ImageCover image via Siralp Limau & Scoop

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Negara kini berdepan Monsun Timur Laut mulai Selasa ini dan akan berterusan sehingga Mac tahun hadapan

Dilaporkan oleh Kosmo, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip mengatakan ketika musim ini, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah timur laut.

"Ketika fasa awal Monsun Timur Laut dari November hingga Januari 2027, tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku. Ia boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.

"Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,"
katanya.

Pada fasa akhir Monsun Timur Laut dari Januari hingga Mac 2027, taburan hujan juga akan berkurangan terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung dan Sabah.

SAYS.com
Image via NSTP

Cuaca panas dan kering akan menjadi lebih ekstrem berikutan pengaruh El Niño yang sedang berlaku.

"Orang ramai dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca yang berlaku semasa Monsun Timur Laut.

"Sentiasa peka kepada maklumat, nasihat ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca media sosial rasmi serta talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638,"
katanya lagi.

Cuaca semakin pulih banyak kawasan catat IPU baik dan sederhana

Berikutan peralihan musim, jerebu kini semakin menunjukkan perkembangan positif kerana majoriti kawasan seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik dan sederhana sehingga jam 7 pagi ini.

Menurut laporan dari Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) sebanyak 29 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan IPU baik dan 32 mencatatkan IPU sederhana.

SAYS.com
Image via NSTP

Di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 173.

Kawasan lain ialah Samarahan mencatatkan bacaan 160; Kuching (159); Sarikei (157); Sibu (154); Sri Aman (139) dan Mukah (109).

Walaubagaimanpun, beberapa negeri kini telah dilanda banjir akibat taburan hujan yang semakin meningkat. Mangsa banjir beberapa kawasan di Kedah kini semakin meningkat dan 3 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik