Peguam Sahkan Najib Akan Jalani Baki Hukuman Penjara Bersama Keluarga Di Rumah
Difahamkan, Datuk Seri Najib tidak boleh mendedahkan kandungan perintah berkenaan oleh pihak penjara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghabiskan baki hukuman penjara di rumahnya
Baki hukuman penjara bagi kes SRC International ini akan dihabiskan bersama keluarga di kediamannya di Langgak Duta menerusi perintah tahanan rumah yang diterima daripada Yang di-Pertuan Agong.
Dilaporkan oleh Harian Metro, perkara ini disahkan oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan anak guamnya sudah menerima perintah berkenaan termasuk lampiran yang mengandungi syarat dan mekanisme pelaksanaannya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Image via Najib Razak (Facebook)"Datuk Seri Najib memang sudah diberikan perintah Yang di-Pertuan Agong dan perintah itu juga mempunyai lampiran berkenaan syarat serta terma pelaksanaan perintah itu, termasuk mekanismenya," katanya.
Setakat ini, Shafee mengatakan Najib tidak boleh mendedahkan kandungan perintah berkenaan selepas dimaklumkan oleh pihak penjara dan tidak berbuat demikian untuk mengelakkan spekulasi orang ramai dan media.
Najib akan tinggal di rumahnya di Langgak Duta
Shafee mengesahkan lokasi tahanan rumah adalah kediaman Najib di Langgak Duta.
"Yang itu sudah disahkan (tahanan rumah) di Langgak Duta. Beliau boleh tinggal bersama keluarganya," katanya.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Image via ReutersPada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun kerana kes SRC International di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 dengan pembayaran denda RM50 juta.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via