Perdana Menteri Beri Bayangan Ada Kemungkinan Aplikasi Waze Boleh Diharamkan Kelak
Dalam pada itu, Waze menolak dakwaan pengambilan data sensitif kerajaan Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan tidak akan menolak kemungkinan akan mengharamkan aplikasi navigasi Waze secara penuh di negara ini
Negara kini mempunyai alternatif bagi aplikasi berkenaan. Malah terdapat banyak lagi aplikasi navigasi lain yang boleh digunakan.
Dilaporkan oleh Harian Metro, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan langkah ini mungkin dilakukan selepas kerajaan membuat kajian menyeluruh mengenai aplikasi alternatif untuk menggantikan Waze.
Orang ramai turut dipesan untuk tidak terus menggunakan Waze memandangkan ibu pejabat aplikasi itu berpangkalan di Israel yang menggunakan perundangan Tel Aviv.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Image via AWANI"Isunya bukan masalah kita. Bila saya dapat maklumat, kita semak. Pertama, ibu pejabatnya (Waze) pangkalan di Israel.
"Seterusnya, dalam perjanjian, hanya undang-undang Israel diguna pakai (bagi mengawal selia kepenggunaan) Waze dan tiada perundangan dari negara lain.
"Ini yang menyebabkan saya ambil tindakan agak spontan dan tak boleh tangguh satu hari pun kerana dia secara automatik menyerahkan semua maklumat kepada Israel.
"Justeru, kita jangan buat silap dan kerajaan tidak akan berkompromi dengan kedaulatan serta keselamatan negara," katanya.

Kerajaan telah memutuskan untuk melarang penggunaan Waze dalam kalangan penjawat awam
Perkara ini dikuat kuasa untuk melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh Israel.
Keputusan itu diambil selepas mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd selaku pengawal data pengguna yang berada di bawah undang-undang Israel.

Perdana Menteri telah menerangkan perkara ini selepas desakan DAP supaya larangan disemak semula.
"Saya sudah terangkan dalam mesyuarat Kabinet sebentar tadi, yang turut dihadiri pimpinan DAP, antaranya Loke (Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke) dan Gobind (Menteri Digital merangkap Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo).
"Mereka setuju dan mungkin (desakan ini dibuat kerana) DAP tidak maklum (mengenai implikasi penggunaan Waze kepada kedaulatan negara)," katanya.
Waze baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menolak dakwaan bahawa terdapat kebocoran keselamatan data pengguna warga Malaysia.
"Kami beroperasi di bawah polisi privasi ketat yang melindungi data pengguna dan mengikuti standard perlindungan data global yang sah," menurut Waze.
Jika anda sedang mencari alternatif Waze boleh dapatkan maklumat lanjut di artikel ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via