PDRM Serbu Bootcamp Dota 2, Atlet Pro Buktikan Status Main Game Depan Pihak Polis

Difahamkan, bintang Dota 2 23savage bersama ahli pasukannya juga telah digari selama dua jam.

Cover ImageCover image via Reddit & Gosu Gamers

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, bootcamp sebuah pasukan Dota 2 Xipto Esports telah diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Bintang terkenal Dota 2 dari Thailand, Nuengnara "23savage" Teeramahanon, yang kini bermain untuk Xipto Esports menceritakan kejadian ini di akaun Facebook miliknya.

Kejadian bermula sejurus selepas mereka habis berlatih dan secara tiba-tiba polis telah menyerbu kompaun di mana bootcamp mereka diadakan. Polis juga bertindak memutuskan hubungan internet dan menutup komputer mereka. Telefon peribadi dan pasport mereka juga telah dirampas.

SAYS.com

Kini diterjemah oleh seorang pengguna Reddit.

Image via Reddit

Ahli pasukan 23savage, Saiful "Fbz" Ilham dari Indonesia dan pemain Malaysia Chon Kein "Oli" Chan juga telah digari selama dua jam.

Dalam masa dua jam tersebut, mereka semua telah disoal siasat mengenai karier sebagai atlet E-sukan.

SAYS.com
Image via ESTTN

Terpaksa menunjuk bukti mereka adalah pemain profesional Dota 2

Pelbagai cara telah dikongsikan untuk membuktikan mereka adalah pemain profesional.

Ketika berkongsi akaun Instagram mereka, seorang polis mengesahkan dia tahu mengenai seorang model dewasa Ms. Puiyi dalam salah satu foto di Instagram.

23savage mengesahkan kejadian ini adalah perkara yang benar dan berkongsi rekod menggunakan Hero Kez dan gambarnya bersama Ms. Puiyi.

SAYS.com

23savage bergambar bersama Ms. Puiyi.

Image via @Polymarket Dota 2 (X)

Polis itu turut mengatakan dia tahu sedikit mengenai Dota 2 dan pasukan Fnatic. Walaupun akaun Instagram ini telah menjadi bukti ketara, 23savage tetap perlu membuktikan dia adalah atlet profesional Dota 2.

Sejurus selepas itu, polis telah membuka gari 23savage dan memberi kebenaran untuk 23savage bermain Dota 2 bagi membuktikan dirinya. Dia kemudian menggunakan Hero Kez dan menang dengan 32 kill dalam permainan berdurasi 40 minit.

SAYS.com
Image via @Polymarket Dota2 (X)

Pegawai polis di tempat kejadian akhirnya berpuas hati dan melepaskan ahli pasukan yang lain. Tetapi pada masa yang sama 23savage memberitahu polis tersebut telah "mengambil" dua botol Nutella miliknya.

Perkara sebegini tidak pelik dan selalu berlaku di Malaysia. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerbu pusat-pusat yang disyaki melakukan aktiviti atas talian haram seperti pusat penipuan atau kripto.

Berkemungkinan besar serbuan dilakukan atas penerimaan laporan orang mengenai bootcamp mereka yang disangka ada aktiviti jenayah.

Menurut seorang pengguna Reddit, dia sendiri pernah mengalami perkara yang sama kerana polis mengesyaki pejabat pembangun permainan video adalah pusat penipuan.

Sejak 15 Mac lepas, Malaysia telah merekodkan lebih 10,304 kes penipuan atas talian membabitkan kerugian kira-kira RM251.2 juta.

Pasukan Xipto Esports baru sahaja ditubuhkan pada bulan lepas. Ketika kejadian dua lagi pemain Q dan InYourDream tidak ada bersama-sama mereka.

SAYS.com
Image via @xipto.esports (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: