Syarat Unik Nak Kahwin, Pengantin Lelaki Diuji Perlu Tewaskan Pasangan Main Valorant
Hanya satu kemenangan diperlukan!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pengantin lelaki dari China baru-baru ini terpaksa menempuh satu cabaran unik untuk berkahwin dengan pasangannya
Pengantin tersebut perlu mengalahkan bakal isterinya dalam satu permainan Valorant iaitu permainan popular penembak taktikal dari Riot Games.
Perkahwinan boleh menyebabkan stres yang tinggi tetapi pasangan ini membawa stres itu ke tahap baharu.
Pengantin lelaki perlu membuktikan dia lebih hebat bermain Valorant daripada bakal isterinya sebelum majlis perkahwinan berakhir untuk dibawa pulang.

Kedua-dua mereka mempunyai hobi yang sama iaitu minat bermain Valorant dan membuat keputusan untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka.
Digelar Cabaran Pintu Perkahwinan, cabaran yang diberikan pengantin perempuan atau pengiring pengantin perempuan adalah salah satu tradisi perkahwinan di China.
Antara cabaran lain yang selalu diberi adalah makan makanan pelik, trivia, melakukan tekan tubi dan pelbagai lagi cabaran lain.

Semuanya terletak dalam cabaran satu lawan satu
Daripada bermain permainan tradisional ketika perkahwinan, mereka berdua berlawan dalam Valorant sebagai cabaran.
Ada komen mengatakan pengantin perempuan sengaja memberi peluang untuk pengantin lelaki menang.
Ini bukan pertama kali ada pasangan pengantin menerapkan permainan video bagi memeriahkan majlis mereka.

Sebelum ini, pada tahun 2023, sepasang pasangan bermain League of Legends satu lagi permainan video dengan genre MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) daripada Riot Games di mana pengantin lelaki perlu mengalahkan pengantin perempuan.
Tapi untuk pengantin lelaki ini, taruhannya memang sangat tinggi. Mujurlah dia berjaya meraih kemenangan paling penting dalam karier Valorant dia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via