Pekerja Fabrik Dedah Bahaya Baju Baharu, ‘Wajib’ Basuh Dulu Sebelum Pakai
Nasihat daripada pekerja kilang fabrik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita yang berkongsi gambar bahawa dia terlupa membuang stiker saiz di bajunya
Perkongsian itu telah menarik perhatian seorang pekerja kilang fabrik yang bekerja di bahagian Jabatan Kualiti. Dia sendiri pernah melawat kilang fabrik jenama-jenama terkenal serata dunia.
Pesanan yang paling penting daripada @xxryshx di Threads ialah membasuh baju baharu sebelum pakai. Perkara ini juga termasuk semua jenis pakaian yang lain.
"Nasihat saya, tolong basuh baju baharu sebelum pakai. Saya merayu sangat-sangat," katanya di Threads.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Wiki ImpactSelain itu, perkara ini melibatkan kebersihan dan kesihatan tetapi sering diabaikan oleh orang ramai.
"Lepas cuba baju dekat kedai, beli atau tak beli, balik tu terus mandi. Jangan tukar baju ke apa. Baju yang kita pakai balik lepas try baju kat kedai pun. Balik rumah terus basuh," tegasnya lagi.
Seorang lagi bekas bekerja kilang fabrik turut menyatakan perkara yang sama supaya orang membasuh baju baharu mereka sebelum dipakai.
"Satu helai baju bukan satu orang jahit tau. Satu proses satu org, kalau ada 15 proses, jadi 15 orang atau kurang yang jahit," kata @aida_sirajuddin.
Kita juga tidak mengetahui dari manakah sumber pakaian baharu itu lalui. Siapa yang pegang dan berapa orang yang sudah sentuh.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Cosmo SourcingMengapa kita perlu membasuh pakaian baharu sebelum dipakai?
Kita selalunya tidak sabar untuk memakai baju baharu tetapi anda perlu membasuh baju baharu anda terlebih dahulu.
Baju baharu yang belum dipakai ini sebenarnya terdedah kepada bahan kimia, bakteria atau makhluk mikroskopik seperti kutu dan hama.
Kilang fabrik selalunya menggunakan pewarna fabrik sintetik yang diperbuat daripada petroleum. Pewarna sintetik (dye) untuk mewarna atau mencetak boleh mengandungi logam berat. Logam berat ini boleh menyebabkan implikasi kesihatan yang sangat serius.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Tristar IntermediatesBakteria dan makhluk lain turut menjadi satu kerisauan. Bakteria berada di penyangkut di kedai kerana terlalu lama terdedah atau dicuba pakai oleh orang lain.
Membasuh baju baharu adalah untuk kesemua jenis pakaian seperti stokin, anak tudung, seluar, baju dalam, tudung, baju kurung, kebaya, baju beli atas talian, pakaian dalam dan semua pakaian lain perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum boleh dipakai. Hanya kasut sahaja yang tidak perlu dibasuh.
Semoga selepas ini orang ramai lebih cakna dengan kebersihan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via