imho

Kenapa Ramai Sangat Orang Yang 'Triggered' Dengan Nas Daily? Chill-lah, Malaysians

Relax, benda boleh settle.

Cover image via Nas Daily

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak SAYS.

Sekali lagi, nama Malaysia berdiri megah di persada dunia... for all the wrong reasons

Tidak cukup dengan isu Rendang crispy, perkahwinan seorang ustaz dengan gadis 11 tahun, sebatan ke atas dua wanita lesbian di khalayak ramai di Terengganu, negara kita sekali lagi gah dan menjadi sebutan.

Nampaknya kali ini, berbondong-bondong rakyat Malaysia bertindak untuk 'menyerang' ruangan komen vlogger berpengaruh, Nas Daily kerana beliau didakwa telah sengaja memburuk-burukkan nama Malaysia dalam beberapa video terbaru beliau.

Image via Nas Daily

Bagi yang masih blur dengan apa yang telah berlaku, mari sini saya terangkan serba sedikit

Baru-baru ini, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin telah mendarat di negara jiran kita iaitu Singapura. Dan sepanjang jelajah beliau di negara itu, Nas Daily telah menghasilkan beberapa video yang menceritakan tentang Singapura secara mendalam.

Image via Nas Daily

Contohnya berkenaan kenapa beliau membenci Singapura, realiti hidup rakyat Singapura yang kebanyakannya sekadar 'cukup makan'Changi Airport sebagai lapangan terbang terbaik di duniaair minuman yang diperbuat daripada sisa kumbahan, dan lain-lain.

Oh ya, Nas Daily merupakan seorang rakyat Israel-Palestin yang menempah nama di serata dunia menerusi siri video jelajah 1 minit yang dihasilkan beliau menerusi Facebook.

Sementara berada di Singapura, Nas Daily turut sempat menyentuh mengenai Malaysia dalam beberapa videonya

Pertama: Nas Daily menghasilkan satu video mengenai Malaysia yang mana beliau gelar sebagai 'Forbidden Land'. Disebabkan konflik politik di antara Malaysia dan Israel, Nas tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.

Video di bawah:

The Forbidden Land!

After 10,000 questions on why I won't visit this country across the river... here is the simple answer! INSTAGRAM: @NasDaily GROUP: Nas Daily Global

Posted by Nas Daily on Wednesday, August 29, 2018

Kedua: Nas Daily menceritakan tentang seorang pelarian Syria, Hassan yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) selama 6 bulan. Tanpa pasport yang sah, Hassan tidak dibenarkan keluar mahupun masuk ke Malaysia.

Video di bawah:

The Airport Prisoner.

Meet Airport Prisoner. This is the unusual story of Hassan Kontar, who has been living in an airport in Malaysia for 6 full months. He has no valid passport or anywhere to go. Please watch the video for more details. What can you do to help? To be honest, our options are quite limited. Hassan refused to accept any money donations. So the only thing we can do is raise awareness that this guy...exists. And if you live in Canada, it's even more important to raise awareness there and hopefully try to expedite the application process. Tag relevant authorities or even the prime minister! You can also find him on Instagram at hassan_alkontar Special thanks to my buddy Project Nightfall for doing the impossible and flying all the way to Malaysia to help me make this video. That was a well executed plan!! INSTAGRAM: @nasdaily GROUP: Nas Daily Global

Posted by Nas Daily on Monday, September 3, 2018

Ketiga: Nas Daily cukup kagum dengan rakyat Singapura yang sangat sistematik dalam pelbagai perkara, termasuk parking. Menurut beliau, 95% kenderaan di Singapura parking secara mengundur, dan kenderaan yang tidak melakukan sedemikian adalah dari negara lain, sambil memaparkan sebuah kereta Perodua Alza dengan plat nombor dari Johor.

Video di bawah:

How Singapore Drives.

Everyone that drives needs to see this....and learn from it. I get road-rage quite frequently, especially when people don't follow the rules. But here in Singapore, you're not gonna get any road rage. Just look at how they park!! INSTAGRAM: @NasDaily GROUP: Nas Daily Global Thank you Jay and Co for helping me make this video and opening my eyes to this!

Posted by Nas Daily on Friday, September 7, 2018

Tanpa disangka, ketiga-tiga video di atas mendapat cemuhan hebat dari rakyat Malaysia

Maklumlah, siapa-siapa atau apa-apa yang berkaitan dengan Israel agak sukar diterima oleh orang Islam Malaysia. Boleh lihat sendiri pada komen di bawah:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Daripada apa yang saya lihat, ketiga-tiga video tersebut tidak ada langsung memburukkan nama Malaysia

Okay, mungkin ramai yang tak setuju. Tak apa, saya mulakan dengan video parking itu dulu.

Nas Daily sangat kagum dengan cara orang Singapura parking kenderaan mereka:

Mesti akan ada orang yang cakap Nas Daily telah sengaja menghina pemandu Malaysia yang tak tahu cara sebenar untuk parking di Singapura. Oh well, tak sampai 5 saat pun dia sentuh pasal tu, dan saya dapat rasa yang perkara itu hanya sekadar seloroh yang begitu santai. Bukanlah satu penghinaan.

Tapi, ramai orang yang tidak boleh terima dan merasakan gurauan Nas Daily itu terlalu kasar sehingga beliau dilabel dengan pelbagai gelaran yang tidak elok.

Image via Nas Daily

Kekecewaan Nas Daily apabila tidak dibenarkan masuk ke Malaysia:

Nas Daily tak ada sebut pun dia tak dapat masuk Malaysia sebab Malaysia tak benarkan dia masuk. Dia sebenarnya kecewa dan kesal konflik politik telah menyebabkan rakyat Israel sepertinya tidak dapat masuk, dan mengharapkan agar konflik tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.

Dia ada agenda Yahudi tersembunyi? Nas Daily sebelum ini telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah menyokong Israel dan segala agenda kejam Zionis. Niatnya hanya mahu sebarkan perkara positif di dunia menerusi video 1 minit yang dihasilkan.

Image via Nas Daily

Pelarian dari Syria, Hassan yang terkandas disebabkan perang:

Nas Daily langsung tidak menyalahkan Malaysia dalam kes pelarian Hassan yang terkandas di klia2. Malah, dia bercerita secara terperinci kenapa Hassan boleh terdampar di situ, semuanya kerana peperangan. Dan dia tidak ada sedikit pun menghina atau mengutuk kerajaan Malaysia kerana tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Nas Daily hanya ingin menyampaikan kepada dunia bahawa lelaki ini wujud dan beliau betul-betul memerlukan pertolongan daripada orang ramai untuk bawa dia keluar daripada 'penjara' tersebut. Itu sahaja.

Image via Nas Daily

Dalam pada ramai yang marah, ramai juga yang menyokong apa yang Nas Daily perjuangkan

Image via Nas Daily

Jadi, kenapa orang kita triggered sangat dengan Nas Daily, sedangkan dia tidak sedikit pun menghina Malaysia?

Barangkali Nas Daily dah tak tahan dengan tohmahan dan makian yang mendakwa beliau membenci Malaysia, beliau terpaksa memuat naik satu status panjang bagi menceritakan segalanya. Baca di bawah:

Image via Nas Daily

Dear Malaysia,

This post is only visible to you

Lately, there has been a lot of Fake News about Nas Daily that I want to address here and I want you to help me spread the word.

Some photoshopped picture suggested that I have a hidden Israeli agenda. This is categorically false and stupid. Like many of you, I am Muslim of Palestinian origin. I was born in Israel because...of my parents!! No body chooses where they are born.

I'm not any of what people say I am. I'm just a guy traveling the world who really wants to show everything that's GOOD in it. No hidden agenda. No sponsorships. Just people to people. The picture is photoshopped, fake, and quite frankly, written with bad grammar. Whoever did it should understand that this is very very un-islamic.

There has been some dissatisfaction from Malaysia from my Singapore videos. And I'd love to clear things up:

1. The Forbidden Land video: the purpose of it is to show Malaysians that I'd love to come to your country and just make videos. Until then, I have great appreciation for your culture and people. In fact, many of them I met in Singapore and are really good friends now.

2. The Airport Prisoner video: the purpose of it is to reflect reality and that's all. I don't have anything against Malaysia and its government. If the guy was based in Copenhagen, I'd do the video about him in Copenhagen. It's really not about Malaysia at all.

So I was a bit sad you guys thought I had any ill-will towards Malaysia.

3. The Parking Video: this is the biggest one of them all. I did NOT mean to make fun of Malaysians or the way they drive. It was a generic line in the script. It was a PURE coincidence that the license plate was of a Malaysian. I thought I covered the whole thing, but I guess it wasn't enough. I have nothing against your drivers. Frankly, I don't even care about how Malaysia drives. I was just amazed at the PARKING of cars in Singapore. That's all!

The most important thing I wanna say is:

No. I do not hate Malaysia and I have no hidden Agenda.

Image via Nas Daily

You and I have more in common than in difference and I would HATE for you to believe the fake news about Nas Daily.

I'm just a guy fed up with Israel, Palestine, and all what's bad in the world. So I went on a mission to show you and everyone what's GOOD in the world...1 minute at a time, every day.

We didn't get a chance to meet in person for you to believe me. But I hope we do so you can see how genuine I feel about this.

But until then..

We'll have to keep it on Facebook.

That's 1 minute, see you tomorrow!!

Jadi...

Janganlah hanya kerana Nas Daily seorang rakyat Israel, kita perlu membencinya.

Janganlah hanya kerana Nas Daily seorang yang tidak religious, kita perlu menolak pesanannya mentah-mentah.

Image via Nas Daily

Apa yang saya nampak, Nas Daily lebih banyak menyampaikan perkara baik daripada tidak baik. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.

Kalau dia tidak Islamik sekali pun, itu adalah urusan dia dengan Tuhan, dan kita sebagai manusia TIDAK berhak sama sekali untuk menghakimi keputusannya.

Dia dilahirkan di Israel juga kerana tiada pilihan. Tak semestinya dia rakyat Israel, dia menyokong ideologi Zionis yang kejam, ganas, dan tidak berperi kemanusiaan.

Misi beliau hanyalah untuk menyampaikan mesej kedamaian kepada dunia

Image via Nas Daily

Kalau anda benci dia sebab dia tak Islamik, itu tidak menjadikan anda lebih Islamik daripada dia. Sikap benci-membenci itu pun satu perkara yang ditegah oleh Islam. Get it?

Kalau anda benci dia hanya kerana dia seorang Yahudi, sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menyebarkan nilai-nilai positif di seluruh dunia. Anda pula buat apa?

Jadi, apa yang membuatkan anda lebih baik daripada dia? Sebab anda Islam dan anda solat 5 waktu?

Tepuk dada tanya selera.

Image via pinimg.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: