seismik

[VIDEO] Vlogger Nas Daily Gelar Malaysia Sebagai 'Tanah Larangan' Hanya Kerana Satu Sebab

Politik.

Cover image via Nas Daily

Siapa lagi yang tak kenal Nas Daily?

Image via Nas Daily

Vlogger berpengaruh yang terkenal ini menempah nama di serata dunia menerusi siri video jelajah 1 minit yang dihasilkan beliau menerusi Facebook.

Nas Daily telah menjelajah ke puluhan negara di seluruh dunia bagi mempamerkan kehidupan sebenar penduduk di setiap negara, pada masa yang sama melawan stereotaip yang telah sekian lama membenak dalam fikiran orang ramai.

Dalam jelajah beliau juga, beliau telah menemui pelbagai perkara menarik dan luar biasa, semuanya dikongsikan menerusi video 1 minit yang dimuat naik setiap hari.

Ini adalah salah satu video Nas Daily dengan jumlah tontonan paling tinggi yang hampir mencecah 39 juta! Lihat di bawah:

5 AMAZING PEOPLE IN 5 MINUTES!

Humans of The World...in video...are awesome! LIKE Nas Daily on Facebook! Music: Birth by RARI Add me on Instagram: @NasDaily

Posted by Nas Daily on Sunday, May 7, 2017

Baru-baru ini, jelajah dunia Nas Daily telah pun mendarat di negara jiran kita iaitu Singapura

Image via Nas Daily

Sejak kedatangannya, Nas Daily telah menghasilkan beberapa video yang menceritakan tentang Singapura secara mendalam.

Contohnya berkenaan kenapa beliau membenci Singapura, realiti hidup rakyat Singapura yang kebanyakannya sekadar 'cukup makan'Changi Airport sebagai lapangan terbang terbaik di dunia, air minuman yang diperbuat daripada sisa kumbahan, dan lain-lain.

Sementara berada di Singapura, Nas Daily turut sempat menghasilkan satu video mengenai Malaysia yang mana beliau gelar sebagai 'Forbidden Land'

Image via Nas Daily

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa Nas Daily hanya menghasilkan satu video berkenaan Malaysia di Singapura? Mengapa beliau tidak jejakkan kaki beliau ke sini?

Menurut Nas Daily, usaha untuk memasuki Malaysia adalah sesuatu yang mustahil, sama juga seperti memasuki Korea Utara.

Ini sebabnya:

Image via Nas Daily

Nas Daily yang merupakan seorang rakyat Israel-Palestin sememangnya dilarang untuk menjejakkan kaki ke Malaysia. Sama juga seperti rakyat Malaysia yang dilarang untuk memasuki Israel.

Semuanya kerana politik.

Secara amnya, Malaysia dan Israel tidak mengiktiraf hubungan politik rasmi sejak bertahun-tahun dahulu. Malah di bahagian belakang pasport Malaysia turut tertulis bahawa ianya tidak sah digunakan di Israel.

Image via Nas Daily

Walaupun begitu, beliau masih mampu berkawan dengan rakyat Malaysia di Singapura, tetapi persahabatannya hanya wujud di luar Israel dan Malaysia

Image via Nas Daily

Sebelum mengakhiri video, Nas Daily yakin bahawa suatu hari nanti kedua-dua kerajaan akan mencapai perdamaian dan rakyat Malaysia dan Israel boleh bertemu di dalam Malaysia, di dalam Israel, dan di dalam Palestin.

"InsyaAllah," kata Nas Daily.

Tonton video penuh di bawah:

The Forbidden Land!

After 10,000 questions on why I won't visit this country across the river... here is the simple answer! INSTAGRAM: @NasDaily GROUP: Nas Daily Global

Posted by Nas Daily on Wednesday, August 29, 2018

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: