lifestyle

Hasilkan 4 Resipi Mug Cake Ringkas & Sedap Ini Dengan Bawah 10 Bahan Sahaja!

Microwave 1 minit je dah siap mug cake sedap ni! :D

Cover image via SAYS

Mug Cakes memang sesuai untuk dinikmati sebagai makanan ringan apabila menonton televisyen, hidangan minum petang atau sarapan pagi yang ringkas

Anda hanya memerlukan lebih kurang 10 bahan sahaja untuk menghasilkan dessert ringkas ini. Begini caranya untuk membuat 4 resipi mug cake unik dan sedap:

1. Cookies & Cream Mug Cake

Image via SAYS

Bahan-bahan:
- 4 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 1/4 sudu kecil baking powder
- 3 sudu besar susu full cream
- 1/2 sudu besar minyak sayuran
- 1/2 sudu kecil ekstrak vanila
- Biskut oreo (dihancurkan)

Cara-cara:
1. Masukkan tepung gandum, gula, baking powder, susu full cream, minyak sayuran dan ekstrak vanila di dalam mug. Gaul hingga sebati.
2. Masukkan Oreo yang sudah dihancurkan. Gaul.
3. Microwave selama 40 saat - 1 minit. (atau hingga kek masak)
4. Tabur biskut Oreo sebagai topping.
5. Cookies & Cream Mug Cake sudah siap!

2. Banana Mug Cake

Image via SAYS

Bahan-bahan:
- 1 biji pisang
- 2 sudu besar gula perang
- 4 sudu besar tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar kacang walnut
- 1/4 sudu kecil ekstrak vanila
- 1 sudu besar mentega cair (unsalted)
- 1 sudu besa susu full cream
- Madu

Cara-cara:
1. Masukkan pisang dan hancurkan.
2. Masukkan gula perang, tepung gandum, baking powder, kacang walnut, ekstrak vanila, mentega cair dan susu di dalam mug dan gaul hingga sebati.
3. Microwave selama 40 saat - 1 minit. (atau hingga kek masak)
4. Tabur madu sebagai topping.
5. Banana Mug Cake sudah siap!

3. Chocolate Chip Mug Cake

Image via SAYS

Bahan-bahan:
- 4 sudu besar tepung gandum
- 1/4 sudu kecil baking powder
- 2 sudu besar gula perang
- 1/2 sudu besar minyak sayuran
- 1 sudu besar susu full cream
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil ekstrak vanila
- 2 sudu besar chocolate chips
- Ais krim vanila
- Chocolate chips (topping)

Cara-cara:
1. Masukkan tepung gandum, baking powder, gula perang, minyak sayuran, susu, kuning telur, estrak vanilla di dalam mug. Gaul hingga sebati.
2. Masukkan chocolate chips. Gaul.
3. Microwave selama 40 saat - 1 minit. (atau hingga kek masak)
4. Letak ais krim vanila sebagai topping dan tabur chocolate chips.
5. Chocolate Chip Mug Cake sudap siap!

4. Pandan Mug Cake

Image via SAYS

Bahan-bahan:
- 4 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 3 sudu besar santan
- 1 sudu kecil ekstrak pandan
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 1 sudu besar gula melaka
- Kelapa parut kering (topping)

Cara-cara:
1. Masukkan tepung gandum, gula, baking powder, garam, santan, ekstrak pandan, pewarna hijau, gula melaka di dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Microwave selama 40 saat - 1 minit. (atau hingga kek masak)
3. Tabur kelapa parut kering sebagai topping.
4. Pandan Mug Cake sudah siap!

Dapatkan lagi resipi-resipi ringkas & menarik:

You may be interested in: